Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Tak Sangka Saya Dapat 4 Flat Untuk Semester Akhir” - Fattah Amin, Amir Masdi & Tomok Antara Selebriti Menerima Anugerah Dekan Pengurusan Industri Kreatif

Asyikin Mayudin
27/10/2022 14:55 MYT
Pelakon Fattah Amin dan penyanyi Tomokantara 28 pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) yang menerima Anugerah Dekan dan berjaya menamatkan pengajian dalam Industri Kreatif & Seni Persembahan dalam Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian.

Selain Fattah dan Tomok, penyanyi Amir Masdi, Aril Pilus serta pelakon Pekin juga menerima anugerah yang sama selepas berjaya menamatkan lapan semester.

Berkongsi perjalanan menyambung pengajian menerusi program jarak jauh, Fattah mengakui dia ada melalui fasa mencabar sekitar tahun 2017 dimana ketika itu popularitinya sedang memuncak.

“Alhamdulillah, saya bersyukur berjaya menamatkan pengajian dan menerima Anugerah Dekan untuk semester akhir… sebenarnya tak sangka saya dapat 4 flat untuk semester ini.

“Sejujurnya ada juga saya struggle… lagi-lagi masa tahun 2017, ketika itu saya memang sibuk dengan shooting drama, filem dan pada masa sama waktu tu juga saya menang Anugerah Bintang Popular Berita Harian,” katanya kepada Gempak.

Anugerah tersebut disampaikan oleh Dekan Fakulti Pengurusan Industri Kreatif & Seni Persembahan, UUM, Dr Ahmad Hisham Zainal Abidin.

Fattah menyambung pengajian di peringkat ijazah sarjana muda dalam bidang industri kreatif di UUM sekitar penghujung 2015.

Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!

#Fattah Amin #Tomok #Pekin #Amir Masdi #Aril Pilus #Anugerah Dekan #Fattah Dekan #Tomok UUM
;