Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

Tak Sangka Video Suara Berubah Ketika Sebut ‘Iblis’ Jadi Tular, Zara Zya Bukan Nak Kejar Populariti - “Niat Saya Hanya…”

Asyikin Mayudin
03/10/2024 04:25 MYT
Video pelakon Zara Zya yang memperlihatkan suaranya berubah ketika menyebut perkataan ‘iblis’ menjadi tular sehingga ada netizen yang mendakwa aktres itu hanya mahukan perhatian.

Tak pernah sangka viral

Hanya ingin berkongsi cerita memandangkan podcast melibatkan misteri, Zara bagaimanapun menerusi platfrom Thread, menegaskan dia tidak pernah berjangka video itu menjadi tular.

“Niat saya hanya berkongsi cerita, memandangkan nama podcast pun ‘Disebalik Misteri’. Saya bukan mengejar populariti. Tak sangka pun akan viral sampai macam ni.

“Terpulang pada mata yang melihat dan telinga yang mendengar,” kongsi Zara.

Rata-rata netizen mempercayai Zara sememangnya dirasuk ketika menjadi tetamu di podcast tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Merinding...Suara Zara Zya Tiba-Tiba Bertukar Jadi Garau Masa Sebut Perkataan 'Iblis'

ARTIKEL BERKAITAN: Dituduh Ganggu Rumah Tangga Orang, Ini Respons Zara Zya!

ARTIKEL BERKAITAN: Didakwa Tidak Mempunyai Hubungan Baik, Ini Respons Bapa Zara Zya - “Saya Tak Pernah Pun Sekilas Ada Rasa Benci Pada Dia…”

ARTIKEL BERKAITAN: “Dah Boleh Duduk Perlahan-Lahan, Sedikit Berjalan” - Zara Zya Syukur Selamat Jalani Pembedahan

Zara baru-baru ini berhadapan dengan situasi mistik apabila dirinya secara tiba-tiba menyebut perkataan 'iblis' dengan suara yang garau.

Menerusi klip video singkat yang dimuat naik semula di TikTok, Zara atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd. Zainuddin berkongsi pengalaman seram diganggu makhluk halus semasa menjalani penggambaran.

Bagaimanapun, keadaan menjadi seram sejuk apabila suara Zara dapat didengari berubah seakan-akan dirasuk.

Susulan penularan posting berkenaan, Zara mengakui sesi podcast tersebut tidak disunting seperti yang didakwa segelintir netizen.

#Zara Zya #Iblis #Kejar Populariti #Podcast misteri #Sebut iblis #Video misteri
;