Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Laman Utama

Tak Sebulu Dengan Anak Tiri, Isteri Sule Minta Cerai

Maliah Surip 10/07/2022 | 03:50 MYT

Desas desus mengenai keretakan rumah tangga pelawak Sule dengan isterinya, Nathalie Holscher ternyata bukan sebuah gosip semata mata.

Pasangan yang mendirikan rumah tangga dua tahun lalu dan baru menimang cahaya mata lelaki, Adzam Ardiansyah Sutisna hasil perkahwinan bersama dilaporkan akan bercerai.
Penceraian tersebut bukan datang dari Sule, tetapi isterinya yang meminta untuk berpisah dengan lelaki tersebut.
Mengikut laporan media tempatan, Nathalie menghantar permohonan cerai di Pengadilan Agama Cikarang pada awal bulan ini, tepatnya 3 Julai lalu.
Kes penceraian mereka dijadual akan didengar pada 20 Julai ini. Perkara tersebut disahkan oleh wakil dari Pengadilan Agama Cikarang.
Sebelumnya, media memang sudah menghidu ada yang tak kena dengan rumah tangga pasangan tersebut selepas Nathalie dikatakan saling menyindir dengan anak tirinya, Putri Delina.
Wanita mualaf itu malah telah keluar dari rumah selepas ‘gagal’ menjalin hubungan baik dengan anak tirinya hasil dari perkahwinan Sule terdahulu.
Namun mantan DJ itu hanya meminta doa yang terbaik saat ditanya mengenai pergolakan rumah tangganya.
"Pokoknya minta doa terbaik saja," kata Nathalie Holscher.
Malah sepanjang dua tahun berkahwin, Sule juga pernah mendedahkan hampir bercerai, namun kehamilan Nathalie pada ketika itu menyelamatkan rumah tangga mereka.

#Selebriti Indonesia #Pelawak Sule #Sule bercerai
;