HIBURAN
Tak Sedar Suka Pegang Orang, Nazim Othman Mengaku ‘Love Language’ Sentuhan Fizikal - “Tapi Bukan Menggedik…”
Pelakon, Nazim Othman mendedahkan bahawa bahasa cinta (love language) dirinya adalah sentuhan fizikal atau physical touch.
Perkara itu dikongsikan Nazim ketika sesi siaran langsung baru-baru ini yang kemudiannya tular di media sosial.
undefined
Kata Nazim, dia tidak sedar bahawa dia sering menyentuh orang sekeliling ketika berinteraksi.
“Bahasa cinta (love language) saya adalah sentuhan fizikal.
“Ok, bercakap tentang sentuhan fizikal… sebab itulah saya tak sedar tau benda ni. Tapi benda ni asyik keluar FYP.
“And I was like, oh shoot! I didn’t realise I did that. You know.
“Macam saya shoot dengan Ezzani Jasny kan, saya tak tahu macam mana entah ada orang compile video, saya asyik pegang tangan dia. That’s my love language,” katanya.
Menurut pelakon drama Dia Bukan Syurga itu, sikap itu bukanlah bermaksud dia berlebihan atau mahu menonjolkan diri, sebaliknya ia memang cara semula jadi dirinya dalam menunjukkan kasih sayang dan mesra.
“Inilah physical touch. Tapi bukan menggedik, you know. Phyisical touch.
“And then, kalau saya borak, saya akan pegang bahu orang. Eh kau tahu tak… I must touch. It’s my thing, you know,” jelasnya lagi.