Hiburan

"Tak Semestinya Badan Kena Ketul-Ketul Baru Boleh Buat Filem Aksi" - Fizz Fairuz

gempak
Zulaikha Yusof
09/03/2020
03:41 MYT
Sponsor Banner
"Tak Semestinya Badan Kena Ketul-Ketul Baru Boleh Buat Filem Aksi" - Fizz Fairuz
Pelakon Datuk Fizz Fairuz menyatakan tidak semua orang mampu untuk memegang watak dalam sebuah filem aksi dengan baik.
Menurut Fizz, bentuk badan sasa bukan salah satu perkara penting yang patut dititikberatkan.
"Tak semua orang boleh bawak filem aksi dengan baik, tak semestinya badan kena ketul-ketul baru boleh buat filem aksi..Hahaha," tulisnya di Instagram (IG) miliknya.
Fizz berkongsi sekeping foto ketika menjalani penggambaran filem Coast Guard arahan anak kepada seniwati Fauziah Nawi, Allahyarham Pitt Hanif yang meninggal dunia pada 27 Oktober tahun lalu.
BACA: “Jenazah Telah Ditemui Dalam Keadaan Yang Elok” – Pitt Hanif Telah Ditemui
Dalam pada itu, pemilik nama Fairuz Zainal Abidin menekankan mutu lakonan yang seharusnya diutamakan supaya dapat memuaskan hati penonton yang menonton.
"Berlakon kena hebat juga, bergerak sekali lah. Kalau tak, tak aceee lah.
"Kalau kronie ok, pasti lepas kau, lepas kau, lepas kau kau.
"Sampai bila-bila lah.. Jadi apa lagi buat sendiri la kalau pandai hahahaha," tulisnya lagi.
Imbas semula lakonan Fizz Fairuz dalam drama Cinta Tiada Ganti di telefon pintar anda melalui aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi GO di Google Play dan Apple Store sekarang.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live