LAMAN UTAMA
Tak Sempat Cuci Make-Up, Balik Dari Shooting Nad Zainal Terus Sambar Vacuum Kemas Rumah! Netizen: “Omg Relatable…”
Sudah menjadi kebiasaan bagi seorang ibu untuk sentiasa memastikan keadaan rumah yang didiami sentiasa bersih dan selesa.
Lebih-lebih lagi jika si ibu turut memiliki anak kecil yang memerlukan perhatian khususnya dari sudut penjagaan harian.
Mungkin hal itulah yang dialami oleh pelakon berbakat besar, Nad Zainal.
Sungguhpun cukup sibuk melunaskan tanggungjawab sebagai pelakon dan sentiasa berada di set penggambaran, namun, tugas Nad sebagai seorang ibu tetap dilaksanakan dengan sempurna.
Menerusi perkongsian sepotong video di Instagram, Nad atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin, 32, dilihat sedang sibuk mengemas rumah sementara ditemani oleh anak-anaknya.
Apa yang menarik, Nad yang kini sedang menjalani penggambaran drama bersiri Dendam Seorang Isteri berkata, dia tetap meneruskan kerja-kerja rumah sungguhpun make-up di masih lagi melekap di wajah.
“Segala macam khazanah bawah sofa. Tengah vacuum, tapi anak kau makan keropok udang, so maknanya kau kena vacuum lagi. Make-up mapan dari set ya… tetap.
“Siapa balik je kerja benda pertama dia buat kemas rumah? Angkat tangan!!” tanya Nad kepada pengikutnya.
Meninjau ruangan komen, ramai antara pengikut Nad yang mengakui melalui perkara sama sebagai seorang ibu yang bekerjaya.
“Me… balik rumah terus kemas dapur, sambil mulut pon pok pek pok pek,” ujar seorang pengikutnya.
“Eh vacuum kita sama. Situation yang sama juga dengan yang kat rumah ni,” kongsi pengikut Nad yang turut mengakui persamaan rutin mengemas rumah yang dilakukan oleh pelakon itu.
“Omg relatable part jumpa macam-macam khazanah bawah sofa. Baru je bersih nanti ade je yang tergolek lagi bawah sofa,” kata seorang pengguna Instagram pula.
Nad mendirikan rumah tangga dengan suaminya, Faliq pada 18 Disember 2015 dan dikurniakan dua cahayta mata iaitu Fahad Ibrahim, 6, dan Budi Kalsom yang kini berusia 10 bulan.
Must-Watch Video