Tak Sempat Nikah Pada Usia Nabi, Noki Akui Mahu Kahwin Tahun Depan… Jadi Inikah Si Dia Pilihan Hati?
Izwan Isa
20/11/2023 15:50 MYT
20/11/2023 15:50 MYT
Peminat kepada penyanyi dan pelakon Noki K-Clique jadi tak keruan gara-gara jejaka tinggi lampai itu mengulang siar sepotong video di TikTok yang dimuat naik oleh pelakon baharu, Ezzanie Jasny.
Menerusi ruangan komen, ramai yang dilihat ‘patah hati’ dan tidak kurang meletakkan emoji menangis apabila melihat kandungan video berkenaan.
Ada yang bertanya adakah Noki kini sudah pun berpunya?
Pun begitu, baik Noki mahupun Ezzanie, masing-masing tidak mengiya atau menidakkan komen-komen peminat.
Namun, minggu lalu, Noki pernah memberitahu yang dia ingin menamatkan zaman bujangnya pada tahun hadapan dan wanita pilihannya adalah seorang pelakon baharu.
Noki ketika ditemui pada majlis tayangan filem War on Teror: KL Anarki itu berkata, hasrat untuk mendirikan rumah tangga sebenarnya sudah dipasang sekitar beberapa tahun sebelum ini.
Katanya, dia juga sedang mengenali seseorang yang juga merupakan orang dalam industri.
“Kalau boleh tahun depan (kahwin) iaitu pada usia saya 30 tahun. Sebenarnya target kahwin umur Nabi. Nabi berkahwin dengan Siti Khadijah ketika umur baginda 25 tahun. Jadi dah terlajak ni 5 tahun. So the next target is 30, insya-Allah.
“Dia juga orang seni dan merupakan seorang pelakon baharu. Kami serasi sebab sekepala. Bukannya tak mahu perkenalkan pada umum, tapi saya rasa masih terlalu awal,” katanya.
BERITA TRENDING: Status Tuju Dalam K-Clique Akhirnya Terjawab, Noki; “Bukan Kami Yang Buang Sebaliknya…”
Pada video berkenaan, Noki dan Ezzanie melakukan trend menggunakan muzik latar What’s Up Riri dengan kapsyen pada TikTok ditulis: “What’s up Rocky?”Menerusi ruangan komen, ramai yang dilihat ‘patah hati’ dan tidak kurang meletakkan emoji menangis apabila melihat kandungan video berkenaan.