Filem aksi seni bela diri campuran (MMA) pertama Malaysia, Sangkar mendapat luar biasa ketika mula ditayangkan bermula 29 Ogos lalu.

Biarpun bersaing dengan filem tempatan serta filem Hollywood , Sangkar berjaya mencuri tumpuan ramai penonton yang memberikan maklum balas positif.

Namun, bagi yang terlepas untuk menonton ketika ditayang di pawagam, anda kini berpeluang untuk 'melayan' Sangkar yang kini bersiaran di Astro First, saluran 480 dan Astro On Demand.

Berita gembira itu juga turut dikongsi menerusi satu posting di Instagram Astro Shaw.

"Filem Aksi Drama No. 1 di Malaysia 2019 kini di Astro First SANGKAR!

"Saksikan SANGKAR mulai 19 Oktober 2019 di Astro First 480 dan Astro On Demand," katanya.

Sedikit info mengenai Sangkar, filem ini menonjolkan keistimewaan dengan mengetengahkan sukan MMA buat pertama kalinya dalam sejarah pembikinan filem di Malaysia.

Sangkar dibintangi oleh Remy Ishak, Zul Ariffin, Mira Filzah, Ray Era, Nik Adam Mika dan ramai lagi.

Sangkar juga mencatat rekod dalam industri perfileman tanah air kerana diterbitkan oleh empat syarikat perfileman tempatan iaitu Infinitus Gold, Primeworks Studios, Astro Shaw dan MM2 Entertainment.

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan Sangkar!

Filem Aksi Drama No. 1 di Malaysia 2019 kini di Astro First SANGKAR! . Saksikan SANGKAR mulai 19 Oktober 2019 di Astro First 480 dan Astro On Demand. #SangkarMovie @zul_ariffin @remyishak @raydapdap @mfmirafilzah @kabirbhatia_022 @fadlanhazim @niezamzaidi @nikadammika @andytehkh @carliffridzwancarleel @mcsweeneymma @amanracom @firashayyan @sangkarmovie

A post shared by Astro Shaw Sdn Bhd (@astroshaw) on