Hiburan

Tak Sempurna Kalau Tiada Iklan Merdeka, Ini 5 Video Menarik Anda Perlu Tonton!

gempak
Hanafis Haris
30/08/2019
10:16 MYT
Sponsor Banner
Tak Sempurna Kalau Tiada Iklan Merdeka, Ini 5 Video Menarik Anda Perlu Tonton!
Esok seluruh rakyat Malaysia akan menyambut Hari Kebangsaan atau Hari Kemerdekaan ke-62.
Disambut setiap 31 Ogos, tema untuk tahun ini adalah Sayangi Malaysia : Malaysia Bersih.
Seperti biasa, selain dimeriahkan dengan laungan dan lagu patriotik, tidak lengkap rasanya untuk menonton iklan-iklan merdeka yang dihasilkan.
Jika anda belum berkesempatan untuk menonton iklan ini, Gempak senaraikan lima yang terbaik dihasilkan pada 2019 ini.

#1 Iklan Hari Kebangsaan TM 2019

Telekom Malaysia antara tidak terlepas menghasilkan iklan merdeka.
Kali ini mereka membawa filem pendek bertajuk ‘Jalur Lebar, Jalur Gemilang'.
Kisah penuh inspirasi tentang Nora yang gigih berusaha untuk mempertahankan seni ukiran kayu tradisional yang diwarisi ayahnya.

#2 National and Malaysia Day 2019 - UNI

Iklan Petronas juga antara antara paling ditunggu-tunggu ramai.
Kali ini ia memaparkan kehidupan seorang pelajar dari Sabah yang mula memasuki alam universiti.
Mesej dalam iklan ini dipaparkan dengan cukup baik sekali apabila mengangkat elemen persahabatan. Selepas menonton iklan ini, pasti anda akan merindui zaman belajar anda.

#3 RHB Group

Antara yang wajib tonton tahun ini adalah iklan daripada RHB Group.
Ketepikan perbezaan warna untuk menjadi sebuah negara yang maju, ketepikan perbezaan pendapat supaya erti perpaduan dihayati sepenuhnya.
Itu yang cuba disampaikan dalam iklan RHB.

#4 Bersama Melakar Kemenangan | CIMB Hari Kebangsaan 2019

Iklan ini juga antara yang menarik ditonton.
CIMB cuba menyampaikan makna sebenar satu kemenangan buat penonton.
Iklan ini menampilkan pelumba berbasikal trek Azizulhasni Awang atau turut digelar sebagai The Rocket Pocketman.

#5 Filem Hari Kebangsaan Maxis | 100% Malaysia

Iklan Maxis ini juga menarik apabila menghimpunkan beberapa nama besar yang membanggakan rakyat Malaysia.
Menurut Maxis ini, iklan ini menceritakan asal-usul tujuh rakyat Malaysia yang menulis perjalanan kita menjadi 100% Malaysia.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024