Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Tak Sengaja Kahwin Darah Daging Sendiri Hingga Hamil, Boleh Atau Tidak Gugurkan Kandungan? Ini Respons Dr Kamilin

Gempak
21/04/2024 04:55 MYT
Isu kahwin adik beradik tanpa sengaja begitu hangat diperkatakan di media sosial selepas ia diangkat dan dijadikan sebagai subjek dalam sebuah drama bersiri tempatan baru-baru ini.

Pelbagai reaksi diberikan, lebih-lebih lagi selepas watak wanita dalam drama bersiri berkenaan telah pun hamil.

Justeru, hal tersebut dibincangkan semula oleh penceramah bebas, Dr Kamilin Jamilin menerusi hantaran di akaun TikTok.

Terkahwin tanpa sengaja

“Sumbang mahram… walaupun perit untuk kita sentuh isu ini, tapi inilah realiti dalam masyarakat yang banyak bagi kesan negatif. Kadang-kadang berpunca daripada zina, suka sama suka, atau pun rogol. Dan boleh jadi juga tak sengaja terkahwin.

“Tak tahu mereka mahram atau adik-beradik misalnya sebab ayah mereka berpoligami senyap-senyap ke. Senario terburuk bila sampai mengandungkan anak. Masa itu baru rasa menyesal, malu yang amat sangat, risau masa depan, jadi kemurungan.

undefined
“Jadi ramai yang tertanya-tanya, boleh atau tidak gugurkan kandungan sumbang mahram itu? Ringkas cerita, majoriti ulamak kata, kalaulah kandungan itu belum cecah empat bulan atau 120 hari harus gugur kalau ada asbab yang munasabah dan tak memudaratkan ibu,” katanya.

Namun, menurut Dr Kamilin, jika janin sudah berusia empat bulan atau lebih, haram untuk digugurkan kerana janin dalam kandungan itu sudah dikira bernyawa.

Sebab mendesak

“Melainkan kalau ada sebab yang betul-betul mendesak, macam sampai boleh membahayakan atau memudaratkan nyawa si ibu.

“Tapi ingat anak hasil daripada sumbang mahram tidak dinasab atau di-bin atau di-binti kepada si ayah yang menyebabkan kelahirannya.

“Sumbang mahram sendiri merupakan jenayah yang berat. Jangan pula ditambah dengan jenayah lain yang lebih berat dan lagi besar dosanya iaitu membunuh nyawa dalam kandungan yang tidak bersalah,” tambahnya.

Melanjutkan bicara, Dr Kamilin menerangkan pula status anak yang dilahirkan hasil daripada perkahwinan adik-beradik yang tidak disengajakan.

Tidak dianggap tidak sah taraf

“Cuma untuk kes terkahwin mahram secara tak sengaja, kalau ada anak yang lahir, tidaklah dianggap sebagai anak tak sah taraf. Tapi dalam kategori anak hasil daripada persetubuhan yang diragui, atau persetubuhan shubhah.

“Tidak sama dengan anak zina dan tak sah taraf. Sebab anak itu masih boleh di-bin dan di-binti kepada ayahnya, sama dengan anak sah taraf.

“Cuma mak dan ayahnya perlu berpisah, perkahwinan mereka perlu dibubarkan sebab asal pernikahan mereka, tidak sah,” katanya lagi.

Sumber: TikTok

ARTIKEL BERKAITAN: Sumbang Mahram Dengan Anak, Lelaki Ini Dakwa 'Diperintah' Dukun Bunuh 7 Bayi Kalau Nak Kaya-Raya

ARTIKEL BERKAITAN: Jijik! Anak Bersetubuh Dengan Ibu Sendiri Sejak Sekolah Menengah Hingga Usia 28 Tahun, Kini Dikuarantin

#Hamil #Gugurkan Kandungan #Sumbang Mahram #Dr Kamilin Jamilin #Terkahwin Adik-Beradik Sendiri
;