Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Tak Sentuh Nasi Gara-Gara Nak Turunkan Berat, Emma Maembong Akui ‘Crancky’ Sebab Tahan Lapar – “Bukan Mudah…”

Asyikin Mayudin
13/08/2023 07:50 MYT
Selepas melahirkan dua orang cahaya mata, pelakon Emma Maembong mengakui bukan mudah untuk dirinya menurunkan berat badan.

Tidak menggunakan jalan pintas, Emma atau pemilik nama penuh, Fatimah Rohani Ismail berkata, selain mengamalkan senaman dan dia juga turut mengawal pemakanannya.

“Saya sudah lebih kurang tiga bulan bersalin cahaya mata kedua dan bukan sesuatu yang mudah sebenarnya untuk kembali mendapatkan berat badan ideal.

“Malah, pada peringkat awal saya langsung tidak menyentuh nasi. Tidak dinafikan menganggu mood sehinggakan saya menjadi ‘cranky’ kerana menahan lapar.

“Jadi apabila ada yang kata, jalan itu lebih mudah buat saya tidak benar sama sekali. Selain bersenam saya juga menahan lapar. Mungkin dulu saya tidak bersenam namun metabolisma kini tidak lagi sama.

“Seandainya tidak bersenam, lemak selepas bersalin itu menjadi tepu dan sukar untuk dikurangkan. Jadi, ambil masa juga sebenarnya,” kata Emma.

Tegas Emma, langkah menurunkan berat badan diambil bukan saja kerana mahu kembali bekerja semata-mata sebaliknya atas faktor kesihatan juga.

“Saya berdiet dan bersenam bukan kerana tawaran berlakon semata-mata, sebaliknya atas faktor kesihatan juga. Bukan apa, semakin meningkat usia, pelbagai perkara perlu dipertimbangkan. Jadi tiada jalan pintas untuk kurus,” kata Emma.

Terdahulu, isteri kepada juruterbang, Muhammad Shazli Azhar itu mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen apabila dikatakan tidak berpantang sepenuhnya selepas melahirkan anak kedua, Shakila Ryan Shah pada 10 Mei lalu.

BACA SINI: Netizen Puaka Komen Perut Buncit, Emma Maembong Win! Selamba Jawab - “Yang Beria Kutuk, Rupa Tetap Sama”

BACA SINI: Kecoh Dituduh Tak Berpantang, Emma Maembong Kurangkan Kongsi Aktiviti Di Media Sosial - "Saya Tak Nak Ganggu Ketenteraman Orang Lain"


#Emma Maembong #Emma #Anak Emma #Emma kurus
;