Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Tak Sesuai Untuk Orang Badan Gempal? Atilia Dedah Mitos & Kebaikan Yoga

Syafiqah Jalal
10/11/2019 11:55 MYT
Yoga merupakan senaman yang kurang 'familiar' serta takut untuk didekati kerana ia agak asing kerana kurangnya pendedahan terutama dalam kalangan rakyat Malaysia.

Namun ramai yang tidak tahu yoga sebenarnya adalah satu senaman yang boleh dilakukan oleh semua golongan dan memberi banyak manfaat.

Justeru, penyanyi dan pengamal yoga profesional, Atilia Haron yang menyertai acara GOiFEX hari ini berkongsi mitos serta kebaikan melakukan senaman yoga.

1. Yoga Bukan Untuk Orang Kurus Sahaja

“Ramai yang takut hendak menyertai yoga apabila berpendapat senaman ini hanya untuk orang kurus sahaja.

"Sedangkan senaman ini sesuai untuk semua golongan dan bentuk badan. Malah dari pengalaman saya, orang berbadan gempal kadang-kadang lebih fleksibel dan seimbang dari orang kurus," katanya.

2. Baik Untuk Tulang Belakang

"Saya mempunyai masalah tulang belakang atau slip disc dan asthma. Namun selepas lebih lima tahun mengamalkan yoga masalah itu sudah hilang kerana yoga dapat membetulkan posisi atau posture badan kita serta pernafasan kita," dedah Atilia.

3. Jangan Lakukan Yoga Sendiri

“Bagi yang pertama kali mahu menyertai senaman ini, saya nasihatkan untuk hadiri kelas yoga dengan pengamal profesional terlebih dahulu pada peringkat awal.

"Selepas mempunyai asas yoga, barulah mereka boleh melalukannya sendiri dari tontonan di YouTube dan sebagainya," katanya lagi.

Bertempat di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, GOIFEX mengangkat tema ‘Fit Friendship’, memberikan fokus kepada kepentingan gaya hidup yang sihar menerusi aktiviti sukan berkumpulan dan latihan berfungsi.

Selain menyediakan perkhidmatan dan produk kesihatan, GOIFEX juga membawakan pelbagai aktiviti senaman seperti Strong by Zumba, senaman HIIT, Kejohanan Kettlebell dan K-Pop Fitness.

Penganjur GOIFEX, World Net Exhibition Pte Ltd yang mendapat kerjasama daripada rakan media Astro selaku media rasmi, menyasarkan 10,000 pengunjung yang hadir ke acara yang diadakan dari 8 hingga 10 November.
#Yoga #Atilia Haron #Goifex #Senaman
;