Viral

Tak Setuju Dengan Genosid, Askar AS Sanggup Bakar Diri Depan Kedutaan Israel Di Washington

gempak
Firdaus
26/02/2024
18:37 MYT
Sponsor Banner
Tak Setuju Dengan Genosid, Askar AS Sanggup Bakar Diri Depan Kedutaan Israel Di Washington
Akibat tunjuk perasaan terhadap konflik yang berlaku di Palestin, seorang anggota Tentera Udara Amerika Syarikat sanggup membakar diri sendiri di luar Kedutaan Israel di Washington.
Menurut sumber, insiden yang berlaku pada Ahad sekitar pukul 1 petang waktu tempatan itu disahkan sendiri Tentera Udara AS dan pihak berkuasa tempatan.

BERITA TRENDING: Selepas 107 Hari Saksi Derita, Motaz Azaiza Berat Hati Tinggalkan Gaza - "Maafkan Saya"

"Jabatan Polis Metropolitan bertindak balas terhadap panggilan di blok 3500 International Drive, NW, pada kira-kira 1.00 petang, untuk membantu Perkhidmatan Rahsia Amerika Syarikat selepas seorang individu membakar diri di hadapan kedutaan di blok itu," ujar Jabatan Polis Metropolitan Washington.
Menerusi video yang dimuat naik, anggota tentera yang dikenali sebagai Aaron Bushnell dapat dilihat meluahkan rasa tidak bersetuju dengan kekejaman rejim Zionis dan menyatakan bahawa tindakannya adalah sesuatu yang sangat kecil berbanding dengan penderitaan dihadapi rakyat Palestin.
Aaron kemudiannya meletakkan alat rakaman di atas tanah sebelum menuang cecair yang tidak diketahui ke atas dirinya dan menyalakan api sambil menjerit melaung "bebaskan Palestin" berulang kali.
Lelaki itu kemudiannya dilihat rebah ketika anggota polis bergegas datang memadamkan api dengan alat pemadam api.
Susulan daripada kejadian berkenaan, Aaron dibawa ke hospital dan dilaporkan masih berada dalam keadaan kritikal.
Sekadar info, keganasan yang dilakukan Israel di Gaza dalam siri tindak balasnya terhadap serangan Hamas pada 7 Oktober tahun lalu kini mengorbankan hampir 30,000 nyawa di wilayah yang dikepung itu
Sumber: Agensi/CNN
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024