Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Tak Sia-Sia Mak Bapak Hantar Sekolah Cina”- Unik! Rap Bahasa Mandarin, Kayda Aziz Cipta Lagu Kemerdekaan

Syafiqah Jalal
31/08/2021 06:38 MYT
Sempena Hari Kemerdekaan yang ke-64, penyanyi rap Kayda Aziz tampil dengan sebuah lagu berjudul Cerita Orang Kita.

Menariknya, menerusi lagu yang dilancarkan pada 31 Ogos itu menampilkannya sebagai rapper yang turut berbahasa mandarin dan tamil.

“Tak sia-sia mak bapak hantar pergi Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Kuen Cheng (2).

“Terima kasih Supa Mojo yang sentiasa membantu saya untuk lebih fasih berbahasa Mandrin,” katanya.

Kayda berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri tersebut dia memuat naik sedutan video ketika sesi rakaman lagu tersebut.

A post shared by KAYDA (@sizez3ro)


Cerita Orang Kita merupakan sebahagian daripada kempen Shopee sempena hari Merdeka #ShopeeSapotLokal platform e-dagang tersebut.

Dalam satu kenyataan lain, Kayda memberitahu ia pengalaman yang menyeronokkan dan telah membuka matanya dalam bidang usahawan.

Saya memperoleh inspirasi apabila mengetahui tentang beberapa usahawan Malaysia kami yang berjaya yang menjual produk mereka di Shopee.

“Saya rasa amat berbesar hati untuk menulis lirik dalam lagu ini dan saya berpendapat bahawa e-dagang di Malaysia mempunyai masa depan yang cukup berpotensi untuk berkembang lagi,” katanya.

Tambah Kayda meskipun terdapat beberapa batasan dalam pemprosesan lagu tersebut kerana keadaan pandemik sekarang, namun ia berjaya dicipta dengan sempurna.

“Kerjasama dengan pasukan mereka juga berjalan lancar kerana mereka mempercayai proses penulisan lagu saya dan memahami gaya ekspresi saya dalam muzik.

“Walaupun terdapat beberapa batasan disebabkan oleh wabak Covid-19, saya berasa bangga kerana kami masih dapat membuat pengaturan untuk berkumpul bagi menyempurnakan projek ini dengan mengikuti SOP yang ketat semasa rakaman, serta mencipta video animasi yang menampilkan peniaga-peniaga tempatan. Saya amat gembira dengan hasilnya,” jelasnya.

Berjudul #ShopeeSapotLokal, video muzik berbentuk animasi ini menampilkan enam anggota komuniti penjual tempatan di Shopee dengan tema angkasa lepas bagi memperingati kecekalan mereka di mana mereka bercita-cita untuk menuju dan mendarat di bulan dengan perniagaan mereka. Inilah perumpamaan yang ingin disampaikan melalui video muzik yang dihasilkan.

Dengan lirik yang ditulis oleh Kayda sendiri, beliau menyanyikan tentang usaha dan perjalanan e-dagang penjual-penjual ini dalam bentuk rap sambil mengingatkan kita untuk tidak berputus asa dan percaya pada diri sendiri.

Video muzik berbentuk animasi ini adalah sebahagian daripada inisiatif #ShopeeSapotLokal yang dilancarkan oleh platform e-dagang tersebut bagi memberi bantuan khusus dan untuk meraikan komuniti penjual tempatan.

#Penyanyi #Kayda Aziz #Lagu #Merdeka #Kemerdekaan #Shopee #Cina
;