Hiburan

Tak Sia-Sia Perjuang Lagu ‘Leman’, Iera Milpan Teruja Retak Hatiku Ditonton 25 Juta Kali

gempak
Maliah Surip
05/03/2024
07:41 MYT
Sponsor Banner
Tak Sia-Sia Perjuang Lagu ‘Leman’, Iera Milpan Teruja Retak Hatiku Ditonton 25 Juta Kali
Syahirah Milpan atau nama komersialnya, Iera Milpan mungkin asing dalam pendengaran namun dalam diam dia telah memiliki dua single bersama syarikat MVM Music.
Pendatang baharu berusia 22 tahun yang mula meraih perhatian dengan menyanyikan cover song berunsur ‘leleh’ atau ‘leman’ di aplikasi TikTok kini berbangga apabila single pertamanya, Retak Hatiku mencetus sensasi sendiri.
Retak Hatiku yang dihasilkan Zai Hamzah bersama Oja sementara lirik oleh Achoi Floor 88 baru berusia tujuh bulan.
Namun lagu ‘leman’ tersebut telah ditonton sehingga 25 juta kali.
“Saya pun tak jangka Retak Hatiku boleh menerima sehingga 25 juta tontonan sebab ia berentak ‘leman’ orang sekarang lebih suka dengar lagu rap atau hip hop.
“Saya anggap ini rezeki,” ujar Iera Milpan yang ditemui pada acara Gempak Most Wanted 2023 baru-baru ini.
Menurut Eira Milpan, meski usia masih muda, dia memang penggemar lagu berentak ‘leman’.
“Saya memang peminat lagu-lagu berentak ‘leman’. Mungkin sebab dipengaruhi oleh mak yang selalu buka lagu berentak sedemikian jadi saya terikut-ikut, suka,” katanya.
Berkat lagu tersebut juga, Iera Milpan menjadi popular dalam kalangan penggemarnya.
Mengaku takut popular dan menerima banyak kecaman tapi dia mahu meneruskan perjuangan dalam bidang seni kerana suka pengalaman baharu.
“Takut (popular) tapi saya tetap nak cuba cari pengalaman baru. Sebab itu walaupun kena kecam, saya ambil yang baik. Yang buruk saya cuba perbaiki.
“Ramai kecam suara dan solekan saya tapi saya okey,” katanya lagi.
Iera Milpan yang kini mempromosikan single keduanya, Kamar Ilhammu juga mengatakan akan sentiasa berpegang pada pesanan ibu.
“Mak pesan (popular) jangan sombong. Saya pegang pesan mak,” kata gadi kelahiran Johor Bahru ini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live