Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

“Tak Sihat Ke?”- Wajah Makin Cengkung, Peminat Bimbangkan Mira Filzah

Syafiqah Jalal
07/10/2021 11:40 MYT
Rakaman video transformasi wajah yang dimuat naik oleh pelakon dan pengacara, Mira Filzah Badioezaman yang memaparkan dirinya sebelum dan selepas disolek telah menarik perhatian netizen.

Menerusi rakaman berdurasi 16 saat yang dimuat naik ke Instagram miliknya itu, Mira, 28, kelihatan agak pucat dengan bawah mata yang gelap tanpa mengenakan sebarang mekap sebelum berubah menjadi cantik hasil solekan Fiqqi Abdullah.

Wajah sebelum disolek itu mendapat perhatian peminatnya yang agak bimbang dengan Mira yang didakwa semakin cengkung dan kurus.

“Tak sihat ke? Macam makin kurus je..” tegur salah seorang pengikutnya.’

“Kenapa sekarang macam kurus sangat? Moga sihat ya,” sedar salah seorang peminatnya.

Pun begitu, tak kurang juga yang memuji solekan dan trasformasi tersebut.

Rakaman itu diambil sebelum pelakon popular, Mira Filzah diundang menjadi tetamu program bual bicara MeleTop bagi mempromosikan drama The Hotel yang bergandingan bersama penyanyi MK K-Clique, pada Selasa lalu.

Sekadar info, drama The Hotel yang diarahkan oleh Helmi Yusof telah ditayangkan sejak 15 September lalu pada setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di Astro Ria.

A post shared by MIRA FILZAH (@mfmirafilzah)

#Sakit #Mira Filzah #peminat #Wajah #Cengkung