Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

Tak Simpan Rahsia, Lelaki Ini Selamba Bawa Empat Isteri Semasa Berkempen

Gempak
09/10/2024 09:25 MYT
Seorang calon wali kota Prabumulih, Sumatera Selatan menarik perhatian ramai apabila memperkenalkan empat isterinya kepada masyarakat setempat semasa berkempen di Kecamatan Cambai, baru-baru ini.

BERITA BERKAITAN : Sarah Yasmine Ambil Tindakan Undang-Undang Terhadap Individu Sebar Fitnah, Langgar Perintah Mahkamah

BERITA BERKAITAN : Beza Umur 35 Tahun? “Laki Aku Bukan Laki Kau!” | Motif Trending

BERITA BERKAITAN : Zynakal Enggan Ambil Pusing Muka Sering Jadi ‘Bahan’ Kutukan - “Saya Sedar Saya Bukan Zayn Malik”

BERITA BERKAITAN : Bernadya Tak Sengaja Buka ‘Aib’… | GMW Highlights

Malah, calon yang dikenali sebagai Arlan itu membawa keempat-empat isterinya naik ke atas pentas bagi menyapa ribuan penduduk yang mengikuti kempen beliau.

"Ramai yang bercakap-cakap Cak (sapaan Arlan) miliki banyak isteri, ia, Cak mempunyai empat isteri itu benar.

"Tetapi Cak bersedia bertanggungjawab dunia dan akhirat, Cak tak simpan rahsia," katanya ketika memulakan kempen pada Selasa.

Arlan yang dibawa oleh parti Gerindra berkata, apa yang dilakukannya itu sesuai dengan ajaran agama dan tidak melakukan perkara yang dilarang.

"Jika saya mahu baju, saya boleh minta kepada isteri pertama, jika mahu dompet boleh minta kepada isteri kedua, kasut isteri ketiga dan begitulah selanjutnya," seloroh lelaki itu.


Tambahnya lagi, kehadiran keempat-empat isterinya itu akan membantunya dalam memperjuangkan hak-hak wanita jika beliau terpilih menjadi wali kota kelak.

SUMBER: Sinar Harian

#Isteri #Tak #Calon #Empat #kota #rahsiakan #waki
;