Tindakan sebuah jenama produk kecantikan, Kitsui yang mengaburkan muka aktor sensasi, Ruhainies pada iklan Ramadan produknya mencuri perhatian netizen.

Menurut kenyataan rasmi jenama tersebut, perkara sedemikian dibuat atas sebab ingin menjernihkan kekeliruan terhadap orang awam tentang sebab mengapa mereka menggunakan pelakon drama Tak Ada Cinta Sepertimu itu sebagai salah seorang muka depan iklan tersebut.

A post shared by KITSUI Malaysia Official (@kitsuimalaysia)

"KITSUI dengan rendah diri ingin memohon ampun dan maaf diatas segala kesulitan dan kekeliruan yang berlaku terutama posting kami yang melibatkan seorang artis terkenal tanah air.

"Penggambaran iklan produk KITSUI ini menggabungkan tiga artis terkenal tanah air iaitu Wany Hasrita, Hisyam Hamid dan Ruhainies.

"Pemilihan mereka bertiga untuk menjayakan rakaman Kitsui Ramadan Greetings dan Kitsui Raya itu dibuat setelah penelitian rapi dilakukan pada Oktober 2023.

"Berhubung dakwaan ditangkap khalwat yang dihadapi oleh salah seorang pelakonnya, KITSUI berharap ia tidak memberi kesan kepada tayangan iklan itu kerana rakaman tersebut sudah siap dirakamkan pada Disember 2023 dan seramai 100 krew produksi yang terlibat dalam menjayakan iklan ini.

A post shared by KITSUI Malaysia Official (@kitsuimalaysia)

Sementara itu, jenama tersebut turut menegaskan bahawa pihaknya tidak menyokong mana-mana kelakuan buruk atau kontroversi yang terpalit oleh artis yang telah terlibat dalam pengembaraan iklan mereka.

"Kitsui tidak menyokong mana-mana pihak, kelakuan buruk atau kontroversi," tambah Kitsui.

Dalam pada itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji dan menyokong tindakan jenama tersebut.

"Tahniah Kitsui tak menyokong pihak yang memecah-belahkan institusi keluarga. Perbuatan tak bermoral dan jijik.

"Ok saya memang consumer Kitsui. Bila tengok iklan ni keluar macam terkejutnya ada si R. Tapi faham je sebab benda dah shooting lama. Tapi bila dah buat gini, lagi lah I support. Ok I go Watsons now restock Kitsui.

"Tahniah kerana tidak menyokong penyondols/penyodok dan seangkatan dengannnya.

"Terbaik Kitsui kalau macam ni nak beli la,” komen beberapa netizen.

Berita Trending: “Tak Ajak Wife Sekali Ke Makan Makan?” - Ramai Setuju Bila Eyra Hazali Persoal Kenyataan Ruhainies,…

Berita Trending: “Siapa Kita Untuk Menghukum Mereka” - Risteena Tunjuk Bukti Mesej Dengan Ruhainies, Jawi Bukan…


Berita Trending: