Tak Solo Lagi, Lee Kwang Soo & Lee Sun Bin Sah Bercinta Selepas Bertemu Dalam Running Man

Mya Amri
Disember 31, 2018 05:15 MYT
Anggota Running Man, Lee Kwang Soo dilaporkan sedang menjalin hubungan cinta dengan pelakon Lee Sun Bin selepas bertemu menerusi program popular berkenaan.
Berita itu disahkan menerusi kenyataan rasmi oleh agensinya, King Kong by Starship sebenar tadi.
“Lee Kwang Soo dan Lee Sun Bin bercinta sudah hampir lima bulan. Selepas bertemu dalam Running Man, mereka berdua menjadi akrab dan kemudiannya bercinta.
“Pasangan ini juga sering menemani antara satu sama lain dan memperkenalkan diri mereka sebagai pasangan kekasih,” jelas wakil agensinya.
Terdahulu, Sun Bin pernah menunjukkan minatnya terhadap Kwang Soo menerus salah satu episod Running Man.
Kwang Soo kemudiannya memberikan respon secara gurauan: “Saya membat keputusan untuk bercinta dengan Lee Sun Bin. Kami akan membuat pengumuman mengenai perkahwinan kami minggu depan,” ujarnya sambil ketawa.
Tahniah buat Lee Kwang Soo dan Lee Sun Bin
Sumber: Soompi
#Running Man #Lee kwang Soo #Running Man #Lee Sun Bin