Pengarah dan pelakon Syamsul Yusof menegur sikap segelintir pengkritik filem yang terlalu agresif dan agak keterlaluan sewaktu memberikan pandangan mengenai sesuatu naskah.

Syamsul menerusi video pendek di ruangan IG TV di Instagram miliknya sebentar tadi memberitahu adakalanya pengkritik filem melampaui batas dan komen-komen yang diberikan juga seperti tidak menghormati pengkarya dalam industri perfileman.

“Kau tak suka sudahlah, relax lah chill lah. Terus-terang kadang-kadang saya rasa kelakar dengan all this pengkritik, serius saya tak faham.

“Tak apa kalau kau tak suka filem aku, serius tak apa, saya tak rugi apa-apa. Tapi masalahnya yang terlebih-lebih tu, yang kau nak menggelabah apahal? Kenapa? Tak suka it’s fine. Just take it easy.

To haters yang ada masalah dengan aku, nak bagitahu satu bendalah. Perasaan paling best apa tau, bila aku berjaya buktikan yang korang salah. Korang tahu, aku menang. Korang tak nak mengaku.

“Saya masih di sini dan lebih kuat, masih buat filem, masih buat muzik. Saya tak kisah apa orang nak cakap fasal saya.

“Lagi satu, bukan kerja saya untuk puaskan hati korang. Saya buat apa sahaja yang saya mahu, apa jenis filem yang saya mahu lakukan. Ini adalah saya. Anda sedang ‘bermain’ dengan orang yang salah,” tegasnya.

Lately aku pantang tengok org yg takreti hormat manusia lain brader2 aku dlm industri. Berbuih mulut cakap baik2 tak jalan so yah..imma tell u what i think bout them rite now. Freespeech rite?

A post shared by Syamsul Yusof (@syamsulyusoffilm) on


Tegas Syamsul lagi, dia juga tidak gemar dengan sikap individu yang memperlekehkan kebolehan orang lain.

“Imbas kembali 10 tahun lalu, aku tak nak cakap siapa pelakon dok cakap dulu oh Syamsul bapak dia, bolehlah menang.

“Bukan nak berlagak tapi orang yang bersuara tu kau kat mana sekarang? Kata kau bagus sangat dulu. Bukan nak berlagak tapi tu dia moral kehidupan yang korang kena faham.

“Dalam hidup ni jangan memperkecilkan orang. Aku paling pantang. Tolong jangan sesekali perkecilkan orang.

"Tak kisah sesiapa pun dia sebab the moment kau rasa kau rasa lebih bagus pada orang atau dengki, jadi bila ada busuk hati dalam diri korang tak akan berjaya dalam hidup,” ujarnya.

Terdahulu, Syamsul juga pernah menerima kritikan daripada filem Munafik yang dihasilkannya sebelum ini.

Dalam perkembangan terbaharu, Syamsul memaklumkan dia kini dalam proses menulis skrip untuk filem Munafik 3.