Tak Suka Makanan Malaysia, Lelaki Jepun Ini Dikritik Habis Habisan - “Salmon Pun Tak Masak, Ada Hati Kutuk”
Firdaus
03/01/2024 06:55 MYT
03/01/2024 06:55 MYT
Setiap orang mempunyai pandangan berbeza dalam segala aspek kehidupan.
Akan tetapi, pandangan yang diberikan oleh seorang lelaki berbangsa Jepun terhadap makanan Malaysia menyinggung perasaan ramai rakyat di negara ini.

BERITA TRENDING: Roti Canai Dinobatkan Hidangan Kedua Terbaik Dunia, Ditewaskan Oleh Stik Picanha Dari Brazil
Menerusi satu video temu bual berdurasi 20 saat, lelaki tersebut mendedahkan dirinya tidak mahu menjejakkan kaki lagi di Malaysia kerana beranggapan bahawa makanan di negara ini tidak memenuhi citarasanya.
Kritikan ‘pedas’ lelaki itu meraih perhatian netizen Malaysia di mana rata-ratanya berasa tidak bersetuju dengan pandangan yang diberikan.
Antara komen yang diterima:
“Dia makan batu ke sampai kata makanan Malaysia tak sedap!? Dekat Malaysia ni batu kalau dimasak elok pun boleh jadi sedap tau,”
“Makanan siapa tak sedap tu, salah pergi kedai kot,”
“Salmon pun tak masak ada hati kutuk makanan kita.”
Setakat artikel ini ditulis, entri berkenaan meraih hampir 500,000 tontonan dan lebih 500 tanda suka di Platform X.
Sumber: Platform X
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.