gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
“Girl Tak Bersalah Di Sini” – Alya Iman Nafi Jadi Punca Rumah Tangga Zizi Kirana, Yusuf Bahrin Goyah
HIBURAN
“Bila Habis Shooting, Saya Perasan Ada…” – Bell Ngasri Kongsi Keadaan Fattah Amin Ketika Shooting Di New Zealand
HIBURAN
Kerap Terima Soalan Sama, Mia Sara Nasuha Mula ‘Rimas’ - “Boleh Tak Berhenti Tanya Kenapa Tak Berlakon Dah?”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Tak Suka 'Meroyan', Sheila Majid Elak Drama Media Sosial - "Lebih Baik Saya…"

Asyraf Roslan
Asyraf Roslan
17/07/2025
01:55 MYT
Sponsor Banner
Tak Suka 'Meroyan', Sheila Majid Elak Drama Media Sosial - "Lebih Baik Saya…"
Penyanyi, Datuk Sheila Majid akui tidak gemar meluahkan masalah peribadinya di media sosial.
Jelas Sheila, meluahkan masalah secara terbuka di media sosial bukanlah satu penyelesaian yang bijak apatah lagi sebagai selebriti.
"Saya tak pernah terfikir untuk meluahkan sebarang masalah saya di media sosial, lebih baik saya berdoa pada Allah.
"Kalau saya luah disana adakah mereka boleh membantu saya kalau saya meroyan di sosial media? Atau ia mungkin akan menjadi satu bahan cerita yang akan diperkatakan oleh orang ramai," katanya kepada Gempak.
Mengulas lanjut, Sheila turut berpendapat media sosial sepatutnya digunakan secara berhemah dan bukan dijadikan medan untuk meraih simpati atau mencetus drama yang tidak perlu.
"Sebab itu kita sebagai artis perlu gunakan sosial media sebaik mungkin sebab kadang kala bila kita terlalu berkongsi orang pun malas nak tengok.
"Tapi bagi saya ia terpulang pada individu tersebut, kalau untuk saya tidak. Kalau ada banyak perkongsian pun ia adalah lebih kepada sebalik tabir, latihan dan sebagainya. Ini adalah pendirian saya bila menggunakan media sosial.
Dalam pada itu, pelantun lagu Sinaran itu turut mengingatkan rakan-rakan artis agar berhati-hati setiap kali memuat naik kandungan ke media sosial kerana setiap hantaran boleh mengundang reaksi yang tidak dijangka daripada orang ramai.
"Setiap apa yang kita post mungkin akan dapat backlash sebab kita kena ingat tidak semua orang suka kita, jadi kita kena hati-hati bila buat hantaran. Sebagai artis kita kena bijak," tambahnya.
Topic Berkaitan
#Media Sosial
#Datuk Sheila Majid
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement