"Tak Suka Ramai-Ramai" - Eina Azman Cerita Perangai Sebenar Bila Turun Dapur!

Asraf Aided
Oktober 18, 2018 12:55 MYT
Pelakon Datin Paduka Eina Azman berkongsi sebuah video ketika memasak dan menceritakan tentang sikapnya ketika berada di dapur.
Perkongsian itu dibuat menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya.
Menurut Eina, dia lebih suka melakukan banyak perkara bersendirian kerana tidak selesa jika terlalu ramai orang di dapur.
"Apabila di dapur, saya lah tukang masak, tukang potong bahan, tukang kacau, merakam dan hampir semua saya buat sendiri.
"Saya tak suka ramai-ramai di dapur, selalunya pembantu rumah hanya siang lauk dan kemas dapur sahaja," tulisnya sebagai kapsyen.
Di ruangan komen, rata-rata pengikut Eina telah memberikan komen positif dan memuji kebolehan memasak yang dimilikinya.
Mulai aktif di industri hiburan tempatan sejak tahun 2008, Eina berjaya mengekalkan popularitinya sehingga kini menerusi lakonan serta penampilan di platform media sosial yang diikuti ramai.
#Eina Azman