Laman Utama
“Tak Susah Cari Keserasian, Hari Pertama Jumpa Pun Terus ‘Click’…” – Gandingan Mantap Eyka Farhana & Nadia Aqilah Dalam Dukun Diva
Walaupun kali pertama digandingkan bersama, dua pelakon utama Dukun Diva, Eyka Farhana dan Nadia Aqilah mengakui serasi bersama.
Menerusi drama arahan Ariff Zulkarnain ini, Nadia dan Eyka menjayakan watak ibu dan anak saudara yang sanggup berdepan apa sahaja demi mengejar impian mereka.
Menurut Nadia, dia tidak mempunyai masalah untuk mencipta keserasian dengan Eyka sepanjang menjayakan penggambaran drama tersebut.
“Keserasian hanyalah perkataan lain bagi kasih sayang. Dan begitulah apa yang saya rasa terhadap Eyka,” katanya.
Sementara itu Eyka Farhana pula berkata, pada awalnya dia gementar untuk melangkahkan kaki ke set penggambaran Dukun Diva kerana tahu bakal digandingkan dengan pelakon yang lebih senior dan hebat.
“Tipulah kalau saya cakap tak nervous…Bilat ahu pelakon-pelakon Dukun Diva ni Nadia Aqilah, Adlin Aman Ramlie, Emelda Rosemila dan Tony Yusoff saya rasa ‘kecil’ sangat.
“Tapi saya tak sangka sangat mudah bekerja dengan mereka semua yang tidak lokek memberi tunjuk ajar di lokasi,” katanya.
Bercerita mengenai keserasian bersama Nadia Aqilah, Eyka Farhana berkata sejak hari pertama bertemu mereka sudah boleh duduk bersembang.
“Hari pertama saya jumpa kak Nadia, kami duduk bersembang macam-macam topik dan setiap hari pun begitu.
“Dan selepas itu, kami semakin rapat, sehingga sekarang. Dalam Dukun Diva, kak Nadia adalah ibu saudara saya. Jadinya bila kami dah ‘click’, chemistry tu datang sendiri,” katanya teruja.
Nadia Aqilah dan Eyka Farhana ditemui ketika majlis pra tonton drama Astro Originals, Dukun Diva di Dadi Cinema, Pavillion, Kuala Lumpur.
Filem arahan Ariff Zulkarnain ini mengisahkan tentang Rubiah Samsudin, atau lebih dikenali sebagai Che Yah (Nadia Aqilah), yang gagal menjadi pelakon terkenal dan akhirnya bekerja sebagai wanita pelayan pelanggan (GRO) di sebuah kelab malam.
Kehidupan Che Yah berubah selepas dia dipertanggungjawabkan untuk menjaga anak saudaranya, Lola (Eyka Farhana) seorang remaja yang bermasalah.
Namun apabila Che Yah mula dikejar Abang Long yang ingin mengutip hutang, dia dan Lola akhirnya bekerjasama mencari jalan bagi menyelesaikan hutangnya dengan menyamar menjadi dukun.
Selain Nadia dan Eyka, drama 8 episod ini turut dibintangi pelakon hebat lain seperti Tony Eusoff, Emelda Rosemila, Siti Khadijah Halim, Kahoe Hon, Adlin Aman Ramlie, Aloy Paradoks dan ramai lagi.
“Dukun Diva” akan mula bersiaran di saluran Astro Citra pada setiap Isnin, jam 9 malam pada 6 Disember ini.
Must-Watch Video