Seorang wanita tergamak membunuh ibu mentuanya apabila terlalu tertekan selepas kerap dimarahi.

Namun, apa yang lebih kejam, wanita dikenali sebagai Dewi Asmara itu bertindak membunuh ibu mentuanya dengan racun biawak.

Menerusi laporan Tribun News, suspek nekad membunuh dengan cara mencampurkan racun biawak dengan gulai ikan yang dimasak khas untuk ibu mentuanya berusia 61 tahun.

Menurut Ketua Polis Ogan Komering Ilir, AKBP Alamsyah Pelupessy, suspek berusia 45 tahun itu dikatakan tinggal bersama mangsa dan mereka sering bergaduh.

“Ketika ditahan pihak polis, dia mengaku melakukan jenayah terbabit.

“Dewi Asmara, mengaku telah menambahkan satu sudu racun biawak ke dalam makanan ibu mertuanya,” katanya.

Jelasnya, selain itu tiga ekor kucing yang dimiliki oleh ibu mertuanya juga ditemui mati dengan kesan mulut berbuih.

“Suspek kini bakal menghadapi hukuman penjara 20 tahun atau hukuman mati yang diperuntukkan di dalam artikel 340 KUHP bagi pembunuhan yang dirancang,” katanya.

Sumber : TribunNews