Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Tak Tahu Apa Difikirkan, Dia Perlu Perbaiki Diri” - Isu Ditampar Peninju UFC, Jay Park Tak Saman Ortega

Mya Amri
10/03/2020 13:55 MYT
Penyanyi Korea, Jay Park membuat keputusan untuk tidak mengenakan tindakan undang-undang terhadap peninju UFC, Brian Ortega.

Menurut Jay Park, dia tidak mahu Ortega menghabiskan masa dengan meringkuk di dalam penjara akibat perbuatan yang disifatkan sebagai kurang matang.

“Saya tak mahu mengambil satu sen pun duit daripada Ortega. Saya tak mahu dia meringkuk dalam penjara atau sesuatu yang berkaitan seperti itu.

“Saya juga tidak mengharapkan benda buruk berlaku padanya, cuma saya rasa sedikit pelik dengan apa yang berlaku.

“Tak tahu bagaimana mahu mengungkapkan perkara itu dengan kata-kata. Secara jujurnya saya tidak tahu apa yang dia fikirkan. Dia perlu memperbaiki dirinya, serius,” ujarnya kepada portal ESPN.

Dalam pada itu menerusi laman sosial Twitter miliknya, Jay Park juga turut menjawab pertanyaan peminat berkenaan dengan isu berkenaan.

“Jadi anda tidak akan menyaman Ortega?” soal peminat

“Saya tak saman orang yang mempunyai kekurangan berbanding saya,” balas Jay Park.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Terdahulu, Jay Park telah ditampar Ortega ketika acara UFC 248 yang berlangsung di T-Mobile Arena, Las Vegas pada 7 Mac 2020.

BACA: Isu Salah Faham, Jay Park Ditampar Peninju UFC

Difahamkan kejadian itu berlaku apabila Ortega tidak berpuas hati dengan terjemahan yang dilakukan oleh Jay Park pada acara Ariel Helwani MMA Show bulan lalu.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai K-Drama dan dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU

Sumber: ESPN
#Artis Korea #Jay Park #Brian Ortega
;