,
Laman Utama

“Tak Tahu Beliau Sudi Tak…”- Amira Othman Pilih Hattan

Syafiqah Jalal
19/09/2021
06:46 MYT
Penyanyi Amira Othman menyatakan hasratnya untuk berduet dengan lagenda rock, Datuk Hattan satu hari nanti.
Pun begitu Amira memberitahu ia masih dalam angan-angannya dan baru hendak membuat perancangan ke arah itu.
"Saya sebenarnya teringin berduet dengan Datuk Hattan. Itu angan-angan saya... Tapi belum ada perbincangan ke arah itu.
“Namun, siapa tahu, suatu masa nanti, apa yang diimpikan bakal menjadi kenyataan,” katanya.
Artis naungan Rocketfuel Entertainment itu berkongsi perkara tersebut ketika dalam sidang media virtual mempromosikan single terbaharu berjudul Tragedi, baru-baru ini.
Tambah Amira dia tertarik dengan suara Hattan yang unik serta menunjukkan unsur kelelakian sejati.
"Kami tidak pernah berduet dalam mana-mana persembahan. Namun, seingat saya, kami pernah terbabit dalam persembahan beramai-ramai, suatu ketika dahulu.
"Saya tertarik dengan vokal Hattan. Saya fikir suara kami boleh 'blend'," katanya.
Dalam pada itu, Amira yang popular selepas membintangi drama Abam Bomba I Love You turut berkongsi lanjut mengenai buah tangan terbaharunya itu, Tragedi telah dihasilkan sekitar 2012 namun tidak sempat dilancarkan atas pelbagai faktor.
“Saya sudah hasilkan naskhah indah ini ketika masih menyambung pengajian sekitar tahun 2012 namun tak sempat nak lancarkan sebab sudah sertai Akademi Fantasia.
“Jadi, awalnya saya memang anggap lagu ini tiada rezeki tetapi baru-baru ini dapat pula panggilan daripada pihak Astro untuk digunakan sebagai runut bunyi drama Malaysian Ghost Stories,” katanya.
Bagaimanapun Amira membuat rakaman semula lagu karya Sharon Paul itu tersebut sekitar awal tahun ini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Faizal Tahir Teruja, Diundang Sebagai Artis Jemputan Konsert Siti Nurhaliza & Judika - "Ini Penghormatan Besar"

gempak
14/11/2024
21:00 MYT
Penyanyi dan penulis lagu tersohor, Faizal Tahir, akan menjadi artis jemputan bagi konsert yang dinantikan ramai, The Journey of Sound, yang menampilkan ikon muzik Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza, dan penyanyi ternama Indonesia, Judika.
Hiburan

Sufi Rashid, Isteri Timang Cahaya Mata Sulung, Beri Nama Sabreen Aleyna - "Rasa Excited, Pemberian Allah Terbesar"

gempak
14/11/2024
06:41 MYT
Penyanyi dan usahawan Sufi Rashid dan isteri, Nurulain Md Yusof, memanjatkan rasa syukur dikurniakan cahaya mata sulung pada 12 November lalu.
Hiburan

Lagu Sejarah Buah Tangan Istimewa Siti Nurhaliza Usai Dinobat Biduanita Negara, Singkap Perjalanan Seni Hampir 30 Tahun– “Pada Mulanya Nak Masukkan Dalam Album Tetapi…”

gempak
14/11/2024
03:50 MYT
Penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza mengakui teruja apabila melancarkan single terbaharunya yang berjudul Sejarah usai menerima penganugerahan Anugerah Khas Biduanita Negara sempena Anugerah Seni Negara 2024 (ASN2024), malam tadi.
Hiburan

Akui Terkesan Dengan Pembatalan Konsert, Aisha Retno Kekal Positif - “Orang Diluar Sana Tidak Mahu Tahu Apa Masalah Yang Kita Hadapi”

gempak
11/11/2024
21:55 MYT
Menurut pelantun lagu Samudera itu, situasi yang dihadapinya kini sangat sukar namun dia harus bersikap profesional apabila mahu tampil membuat persembahan.
Hiburan

Lyia Meta Penyanyi Malaysia Pertama Dicalonkan Dalam Anugerah Grammy

gempak
11/11/2024
13:55 MYT
Penyanyi kelahiran Malaysia, Lyia Meta terus mengukuhkan kedudukannya di pentas antarabangsa apabila vokalnya dalam album nyanyiannya disenaraikan sebagai calon Anugerah Grammy.
Unitar