Bapa kepada Ainul Mardhiah, Ahmad Safiuddin Ahmad Razak mencoretkan penghargaan kepada doktor bedah Malaysia yang bertugas di London, Dr. Amalina Bakri.

Bapa kepada bayi sembilan bulan yang menghidap 'Germ Cell Tumour' ini berterima kasih kepada Dr. Amalina kerana bersungguh-sungguh membantu kesembuhan Ainul.

Selepas lebih lima jam bertarung nyawa di bilik pembedahan di sebuah hospital di London, Ainul berjaya dibedah dengan selamat.

BACA: Tumor 200 Gram Dibuang, Dr. Amalina Kongsi Momen Sebak Selepas Pembedahan Adik Ainul

Safiuddin merakamkan ucapan terbabit menerusi salah sebuah entri terbaru di laman Instagram miliknya, @ahmadsafiudinn.

Tak tahu dah nak kata apa dkt Dr Amalina ni. Kerana dia lah orang yang paling bersungguh-sungguh nak ainul ke sini. Bermacam ujian dan dugaan nak bawa ainul ke sini. Tapi dia tak putus asa, sentiasa cari jalan untuk bawa ainul ke sini dengan kadar segera. Sehingga semalam, dia yang menemani ainul sepanjang prosedur dijalankan. Now, usaha Dr Amalina telah pun berjaya. Semoga Allah sentiasa merahmatinya.

A post shared by Ahmad Safiuddin B Ahmad Razak (@ahmadsafiudinn) on


"Tak tahu dah nak kata apa dekat Dr. Amalina ni. Kerana dia lah orang yang paling bersungguh-sungguh nak Ainul ke sini.

"Bermacam ujian dan dugaan nak bawa Ainul ke sini. Tapi dia tak putus asa, sentiasa cari jalan untuk bawa Ainul ke sini dengan kadar segera.

"Sehingga semalam, dia yang menemani Ainul sepanjang prosedur dijalankan. Now, usaha Dr. Amalina telah pun berjaya. Semoga Allah sentiasa merahmatinya," tulis Safiuddin.

Menjengah ke ruangan komen, netizen turut sama mengucapkan terima kasih kepada Dr. Amalina atas budi baiknya membantu Ainul sekeluarga.

Pada 24 Mei lalu, Ainul bersama ibu dan bapanya terbang ke sana bagi mendapatkan rawatan di sebuah hospital di London.

BACA: "Ainul Dah Buka Mata, Comel Sangat Dia" - Sudah Sedarkan Diri, Ini Wajah Terkini Ainul Mardhiah Selepas Pembedahan

Terbaru, menerusi kemas kini Instagram ibu Ainul, Nurul Erwani Zaidi, dia memaklumkan bahawa Ainul sudah sedarkan diri selepas menjalani pembedahan selama lima jam.