Penyanyi Nourul Depp meluahkan rasa kecewa apabila terlepas menyaksikan konsert kumpulan kegemarannya, Dewa 19 yang baharu sahaja membuat persembahan di Kuala Lumpur.
Menurut Nourul atau nama sebenarnya Nurul Huda Abdul Wahab, 45, dia akan pulang ke Kuala Lumpur untuk menonton persembahan Dewa 19 jika mengetahui kumpulan rock tersebut akan menjayakan konsert.
Bukan itu sahaja, Nourul yang kini menetap di Bali juga terlepas konsert kumpulan itu di pulau pelancongan tersebut.
Menerusi laman sosial Instagram, Nourul berkongsi luahan tersebut bersama sebuah rakaman video seolah sedang merajuk.
“Emo satu pagi ni! Tak tau @officialdewa19 ada konsert di Kuala Lumpur. Mahu sahaja aku pulang ke Malaysia.
“Di Bali pun dah terlepas huwaaaa,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Viral
Tak Tahu Dewa 19 Buat Konsert Di Malaysia, Nourul Depp Luah Rasa Sedih - “Di Bali Pun Terlepas Huwaaa..”