“Tak Tahu Kenapa Kerap Macam Ni Orang Cakap Panas Dalam” – Hidung Achey Berdarah Macam Air Paip

Mya Amri
Januari 31, 2019 07:38 MYT
Pelawak Achey Bocey meluahkan rasa risau apabila kerap mengalami pendarahan hidung.
Achey menerusi akaun Instagramnya memberitahu darah yang mengalir boleh diumpamakan seperti air paip.
Video pendek yang dikongsi oleh Achey juga jelas merakamkan darah mengalir dari bahagian dalam hidungnya.
“@anne_achey @fadbocey @abam_bocik aku kena lagi tak tau pehal kerap begini... Pagi kena sekali malam kena lagi.
“Now macam air paip!... Terasa kat otak benda tu mengalir. Masa #maharajalawakmega2018 tu selalu kena. Orang cakap panas dalam, klinik pun begitu panas dalam. Solution dah ikut tapi kena jugak.
“Apa pun doakan saya baik-baik sahaja…. Kerja keras?? Mestilah ada benda nak rolling dan ada tanggungjawab, kerja keras itu mesti cuma macam kena berehat seketika je… Hmmm ntah la,” tulisnya.
Menerusi ruangan komen, rata-rata pengikutnya memohon agar Achey berehat seketika daripada kerja dan memberikan fokus terhadap penyembuhan selain memberikan tips untuk menghentikan pendarahan.
Foto: Instagram @acheykintangkintung
#Achey Bocey #Pelawak