“Tak Tahu Nak Gambarkan Pengalaman Tadi” - Siti Elizad Selesai Jalani Proses Pemindahan Embrio, Netizen Titip Doa
Azwa Rahman
27/10/2020 02:00 MYT
27/10/2020 02:00 MYT
Pelakon dan penyampai radio, Siti Elizad baru selesai menjalani proses ‘embryo transfer’ bagi meneruskan sesi rawatan kesuburan persenyawaan in-vitro (IVF) yang dijalaninya.
Menerusi laman sosial Instagram, Elizad berkongsi beberapa keping foto selepas melakukan proses itu untuk tatapan umum.
“Alhamdulillah syukur, baru selesai ‘embryo transfer’ hari ini. Semuanya berjalan lancar. Doakan yang terbaik buat kami ya.
“Nervous tunggu result akan datang nanti. Hanya mampu berdoa. Moga-moga adalah rezeki kami berdua. Selebihnya, kami hanya berserah padamu ya Allah.
“Terima kasih Dr @dr.azlin dan @sophea_fertility dan semua nurse yang banyak membantu menenangkan saya tadi. Tak tahu nak gambarkan pengalaman tadi,” tulis Elizad di ruangan kapsyen.
Pemindahan embrio merupakan satu proses dimana embrio yang sudah berkembang dimasukkan ke dalam uterus.
Meninjau ke ruangan komen, ramai rakan selebriti dan wargamaya memberikan sokongan dan mendoakan agar usaha Elizad dan suami untuk mendapatkan zuriat ini dipermudahkan.
“Banyakkan berehat, jangan buat kerja berat. Makan banyak buah kurma dan minum susu. Semoga ada rezeki, jangan putus asa. Perempuan selagi adanya period, tiada yang mustahil,” luah seorang wargamaya.
“Semoga Allah kurniakan sebaik-baik zuriat kepada Elizad dan suami. Insya-Allah ada rezeki untuk korang berdua,” kata seorang wargamaya.
“Amin, semoga embrio tersebut bertukar menjadi bayi yang sihat. Apa pun hasilnya nanti, awak patut berbangga. Tak ramai yang pergi sejauh ini,” sokong seorang wargamaya.
“Permudahkanlah urusan Elizad, mudahan mendapat bayi kembar,” komen seorang wargamaya.
“Jangan stress, sentiasa positif, rehat yang cukup, semoga Allah kurniakan zuriat yang sihat pada Elizad dan suami,” pesan seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, foto-foto tersebut telah mendapat hampir 38,000 tanda suka daripada warga Instagram.
Menerusi laporan Gempak pada 16 Februari 2020, Elizad mengumumkan dia berehat seketika dari mengacara program bual bicara Mingguan Wanita demi menjalani rawatan IVF.
Elizad dan suami, Shamsul Baharin Rahman sudah mendirikan rumah tangga sejak 2015 dan masih menantikan zuriat sulung mereka.