Tak Tahu Nak Makan Apa Berbuka Nanti? Nah...Fatimah Ajar Buat Akok

Fiza Kamarudin
Jun 14, 2017 10:17 MYT

Tinggal 10 hari sahaja lagi Ramadan bakal meninggalkan kita semua. Dan selalunya di penghujung Ramadan inilah kaum ibu semakin buntu di dapur.
Sesetengah daripada kita mungkin suka membeli juadah berbuka di bazaar Ramadan, tetapi ada yang berpendapat masak sendiri lebih berbaloi dan menjimatkan.
Okaylah, kepada anda semua yang mungkin kekeringan idea mencari juadah berbuka, apa kata belajar buat kuih Akok dengan Fatimah.
Nampak macam senang dan bahan-bahan yang diperlukan pula hanya telur, santan, air, gula melaka/gula perang,gula kastor, tepung gandum, daun pandan dan garam.
Jom kita tengok cara-cara Fatimah membuat kuih tradisional negeri Kelantan ini:
1) Masukkan daun pandan dan pecahkan empat biji telur ke dalam bekas

2) Masukkan satu cawan gula perang

3)Masukkan gula kastor. Ini ikut kesukaan masing-masing ya. Fatimah suka manis, jadi dia letak lebih sikit.

4) Masukkan Santan

5) Secubit garam,angkat tinggi-tinggi macam Fatimah...Baru style!

6) Seterusnya, tepung gandum

7) Gaul sebati kesemua bahan tadi dan tapis (kalau tak nak gaul, blender kan semuanya)

8) Masukkan dalam acuan kuih bahulu (sapu minyak supaya tak melekat). Fatimah guna loyang besar sebab dia suka 'Giant' Akok. Lepas tu, bakar dalam oven pada suhu 200 darjah celcius selama 10 minit.

Okay, kepada anda semua...Selamat mencuba! Kalau Fatimah boleh buat, ibu-ibu di luar sana mesti boleh buat juga. Untuk melihat resepi penuh, boleh layari Instagram @adamdidam. Banyak lagi resepi menarik yang dikongsikan. Agak-agak 'blur' tak tahu nak masak apa, jenguk-jenguklah resepi kat situ.

#Viral #Suudu #Ramadan #Viral