Apabila keluar untuk satu janji temu atau dating bersama pasangan atau seseorang yang baru dikenali, pastinya ramai akan terfikir tentang lokasi restoran atau kafe untuk duduk makan dan berbual bersama.

Pilihan makanan biasanya akan dibuat mengikut keselesaan, ada yang lebih gemar menikmati hidangan ringkas dan ringan kerana mahu kelihatan sopan dan lebih kepada duduk berbual, ada juga yang memilih hidangan berat yang pasti mengenyangkan.

Di sini, Gempak senaraikan lima jenis makanan yang sesuai dipesan ketika anda keluar dating!

Makanan Jepun



Makanan di restoran Jepun terutamanya Sushi boleh jadi pilihan kerana ia lebih ringan dan senang di makan. Ramai pasangan, terutamanya wanita lebih mahu kelihatan sopan dan tidak gelojoh ketika keluar dating, lebih-lebih lagi jika itu pertemuan pertama!

Salad



Salad sayuran bersama hirisan ayam atau daging juga sesuai di makan ketika ber-dating, hidangan sebegini juga ringan. Anda boleh lebih menumpukan perhatian untuk berbual-bual bersama di dia!

Pasta



Untuk hidangan yang lebih mengenyangkan, anda boleh memesan pasta untuk dinikmati bersama. Makanan Itali ini sememangnya enak dan mengenyangkan, namun mungkin ada wanita yang kurang gemar menikmatinya ketika dating kerana ia mudah 'merosakkan' gincu yang dipakai.

Steak



Ya! Buat penggemar steak, anda boleh menikmati hidangan ini ketika keluar dating. Hidangan sebegini mudah dimakan, tidak terlalu berat tetapi mengenyangkan.

Hidangan Minum Petang



Hidangan minum petang seperti set pilihan scones, kek dan manisan lain disulami secangkir teh juga sesuai menjadi pilihan ketika keluar dating! Anda boleh berbual-bual sambil menikmati keenakan manisan yang dipesan. Pergi sahaja ke restoran, pusat beli belah atau hotel kegemaran anda dan nikmati waktu minum petang bersama pasangan anda di sana!

Demikianlah lima pilihan makanan yang sesuai dipesan ketika keluar dating cadangan Gempak. Walaubagaimanapun, ia semua bergantung kepada selera dan pilihan masing-masing.

Oh ya! Dalam The House episod ketujuh Rabu lalu, Ezurin telah keluar berkenalan dengan dua lelaki, seorang daripadanya adalah duda yang memiliki lima cahaya mata, seorang lagi pula anak teruna yang masih muda.

Kepada anda yang terlepas menyaksikannya, jangan risau, tonton sahaja ulangan menerusi On Demand atau saksikan kesemua episod yang telah ditayangkan di aplikasi Astro Go. Mudah sahaja!

The House Ezurin Khyra bersiaran selama 10 episod menerusi Astro Ria (124) dan Ria HD (104) setiap Rabu, pukul 9 malam.

Gempak sebagai portal rasmi pula akan membawakan video-video secara eksklusif menerusi gempak.com/thehouse.

Kredit Foto : Depositphotos, Unsplash & All-free-download.com