Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Hiburan

"Tak Tahu Nak Sedih Ke Lucu" - Pengurus Dedah Siti Nurhaliza Tertelan Serangga Ketika Latihan Konsert

Amri Hassan 24/02/2020 | 05:50 MYT
Pengurus peribadi Datuk Seri Siti Nurhaliza, Rozi Abdul Razak mendedahkan penyanyi nombor satu negara itu pernah tertelan serangga ketika sesi latihan sebuah konsert baru-baru ini.
Kata Rozi, situasi itu di luar jangka dan dia sendiri seumpama terkejut dengan apa yang terjadi kepada Siti.
"Nak sedih ke nak rasa lucu pun tak tahu. Masa menyanyi ada serangga masuk dalam mulut dia dan tertelan.
"Lekat kat kerongkong. Aduh!" kongsi Rozi menerusi akaun Twitternya.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Perkara itu dikongsikan Rozi menerusi sesi soal jawab bersama peminat setia Siti di ruangan media sosial itu.
Seorang pengguna @MuhdSyafiqSani bertanyakan Rozi mengenai kejadian yang terjadi kepada Siti ketika latihan Konsert Diraja Perlis bagi merungkai kekeliruan kenyataan Rozi sebelum ini.
Interaksi antara Rozi dan peminat itu mengundang pelbagai komen dari netizen malah ada yang berseloroh mengenangkan kejadian tersebut.
"Ini kelakar ya. Serangga pun suka dengan Siti," tulis @SalehSley.
"Nasib time latihan. Kalau time hari kejadian, tetamu makan makanan enak, Siti makan serangga," tambah @KhyreeQ.
"Aduh peritnya. Boleh bayangkan perit," tulis @minnleyy.
"Serangga pun suka suara TokTi. Kau rasa," tambah @dewatasendaya1.
#Penyanyi #Viral #Penyanyi #Viral #Datuk Seri siti Nurhaliza
;