Pelakon filem televisyen (FTV) Baby Bro, Shaheizy Sam terkejut sebaik sahaja mengetahui anak lelakinya, Syeriv Samheizy menjadi viral kerana kecomelannya.

Menurut Sam, dia menyangka mahu pun terlintas difikirannya foto-foto Syeriv yang sering dimuat naik di akaun Instagram (IG) anaknya itu akan tular.

“Oh...iya? Saya tidak tahu yang Syeriv pernah menjadi viral sebelum ini.

“Bukan tidak mengikuti perkembangan di media sosial cuma kadang-kadang saya terlalu fokus dengan kerja.

Gambaq 1st tu mcm tarik mengkarong ja syeriv?

A post shared by SyerivSamheizy B. ShaheizySam (@syerivsamheizy) on


“Tapi tak sangka pula saya ekspresi wajahnya menjadi bualan orang.

"Syeriv memang begitu, ada ketikanya memang dia gemar menjelirkan lidah.

“Saya lihat wajah Syeriv lebih kepada ibunya manakala bentuk kepala dan mimik mukanya pula mengikut saya.

“Terima kasih kepada mereka yang cakap anak saya comel,” katanya kepada Astro Gempak.

Filem TV Baby Bro telah pun ditayangkan di saluran Astro First Eksklusif bermula 30 November lalu.

Selain Sam, Baby Bro juga turut dibintangi oleh Zizan Razak dan Izara Aishah.

Sam dan aktres Syatilla Melvin berkahwin pada 8 Februari tahun lalu dan dikurniakan cahaya mata pada 9 Mei 2017.

Muka lepaih terannn bommmm?

A post shared by SyerivSamheizy B. ShaheizySam (@syerivsamheizy) on

Gatai tak kena gaya?

A post shared by SyerivSamheizy B. ShaheizySam (@syerivsamheizy) on