"Tak Tahulah Mabuk Ker Apa" - Butik Fesyen Kena Musibah Lagi, Lori Langgar Signboard & Kereta Staff
Amri Hassan
06/04/2021 09:50 MYT
06/04/2021 09:50 MYT
Pemilik butik fesyen viral Leeyanarahman, Yaana Lee, terkejut apabila sebuah lori melanggar tembok di hadapan premis perniagaannya pada Isnin.
Kejadian itu menyebabkan papan tanda yang tertera jenamanya berkecai selain merempuh sebuah kenderaan lain milik kakitangan syarikatnya.
"Tak tahulah macam mana lori ni pergi langgar kita punya tembok dan staff punya kereta yang dah parking elok-elok.
"Dia boleh langgar. Tak tahulah dia ni mabuk ker apa ni," kongsinya di Instagram.
Terdahulu, pemilik butik fesyen berkenaan berdepan kecaman ramai apabila menganjurkan pertunjukan fesyen yang didakwa telah melanggar prosedur operasi standard (SOP).
Bagaimanapun, pemiliknya bersama suami, Hafiz Hamid telah tampil memberikan keterangan di balai polis berdekatan minggu lalu.