Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Hiburan

“Tak Tau Bila Show Terakhir Aku Nanti, Apa-Apa Boleh Jadi…” – Ramai Sangka Noh Salleh Nak Berhenti Menyanyi Tapi Sebenarnya…

Fiza Kamarudin 06/03/2020 | 05:00 MYT
Penyanyi Noh Salleh pada pagi Khamis telah memuat naik sebuah posting di laman sosial Instagram (IG) yang menyebabkan ramai peminat menyangka dia akan meninggalkan pentas nyanyian.
Puncanya apabila Noh menulis pada ruangan kapsyen, kemungkinan persembahannya dengan kumpulan Hujan di Melaka dan akustik di Sabah adalah yang terakhir.
“Tak tau bila show terakhir aku nanti. Mungkin Melaka tu last aku dengan Hujan, Sabah tu last aku akustik sorang-sorang.
“Apa-apa boleh jadi, kecederaan yang dasyat sampai cacat, sampai ajal, dan macam-macam lagi kemungkinan.
“Biar semua orang tau, i had a great time deliver musik kepada kalian semua. Tiada kurang atau lebih.
Semuanya sempurna nikmat Tuhan bagi kat aku. Orang tua yang masih kuat dan sihat, masih boleh contact adik beradik dan keluarga.
“Yang kurang cuma aku, kurang ajar dan adab. Dengan malasnya, dengan sombongnya. Harap maafkan segala kekasaran saya selama kita bersama, halalkan makan minum, terambil sengaja atau tidak.
“Sementara aku hidup ni kalau ada hutang yang aku tak sedar mohon message straight je kat DM or comment.
Thank you so much semua! Semoga panjang umur kita semua untuk bertemu kembali. Kalau tak, see you on the other side,” tulisnya.
Luahan hati Noh kemudiannya mendapat komen daripada sahabat dan pengikut di IG yang tidak mahu penyanyi kesayangan mereka itu berundur dari semua seni.
Ada juga yang mengucapkan terima kasih kepada Noh dan Hujan kerana memberikan yang terbaik dan hebat sepanjang berada di pentas seni.
Pengikut IG suami kepada Mizz Nina itu turut menegur Noh supaya tidak menulis posting menyedihkan lagi.
Menyedari perkara tersebut, Noh kemudiannya membalas komen mereka dan memberitahu tujuan memuat naik posting tersebut adalah sebagai peringatan buat semua dan diri sendiri.
“Peringatan untuk semua la, bukan apa pun. Bersyukur pada Tuhan…Apa lagi yang Dia tak bagi ke kita. And time is running out. Live to the fullest!,” jawabnya pada komen seorang teman.
Noh Salleh dan Mizz Nina antara pasangan selebriti yang aktif dalam aktiviti kemanusiaan.
#Noh Salleh #Hujan
;