"Tak Tau Nak React Macam Mana Sebab..." - Nabila Huda Sambut Ulang Tahun Perkahwinan Ikut Kalendar Islam

Asraf Aided
November 13, 2019 05:11 MYT
Aktres popular, Nabila Huda menyambut ulang tahun perkahwinan keempat bersama suaminya Mohd Izwan Johar.
Perkara itu dikongsi Nabila menerusi entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan ramai.
Menurut Nabila, Izwan telah membuat kejutan makan malam di sebuah restoran makanan Jepun di ibu kota.
Selain itu, Izwan turut membuat kelainan apabila mengajak Nabila menyambut ulang tahun perkahwinan mereka mengikut tarikh kalendar Islam.
"Nampak tak muka awkward tu tak tau nak react macam mana sebab tak pernah sambut anniversary!
"Sebenarnya kami nikah pada 25 Disember, tapi suami saya ikut kalendar Islam dimana tarikh perkahwinan kami telah berlangsung sehari selepas Maulidur Rasul.
"Masa dia explain tu Abil memang tak faham dan keep cakap kami nikah pada 25 Disember, pening tukar-tukar anniversary, sejak tu Abil diam je lah," tulis Nabila di ruangan kapsyen.
Tambah Nabila, semalam, Izwan telah menyuruhnya memakai pakaian cantik untuk keluar makan malam bersama.
"Dan dia cakap, pakai cantik-cantik saya nak bawa awak pergi dinner, aku pun macam, haaa.. sejak bila pula husband aku ni pandai nak ajak pergi dinner ni, sekali sampai restoran tu, fuhh dinner Jepun wehh.. fine dining! Thank you for tonight love.
"Actually lebih baik macam ni dari tiap-tiap tahun nak surprise, dah jadi tak special juga, lagipun tak sambut anniversary pun tak apa, hari-hari pun boleh sambut di rumah," tulisnya lagi.
Menjengah ruangan komen, rata-rata pengikut Nabila mengucapkan tahniah dan mendoakan kesejahtereaan rumah tangga pasangan ini.
Imbas kembali, Nabila dan Izwan mendirikan rumah tangga pada 25 Disember 2015.
Terdahulu, Nabila pernah berkahwin dengan Zaidi Zailani namun berpisah pada tahun 2011.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Keisha Laila.
#Nabila Huda