Hiburan

Tak Tenang Jawab Exam, Aufahanie Terkesan Dengan Pemergian Nidza Afham - “Dah Habis Air Mata, Dari Semalam Tak Tidur & Makan”

gempak
Asyikin Mayudin
14/08/2024
15:21 MYT
Sponsor Banner
Tak Tenang Jawab Exam, Aufahanie Terkesan Dengan Pemergian Nidza Afham - “Dah Habis Air Mata, Dari Semalam Tak Tidur & Makan”
Penyanyi Aufahanie sangat terkesan dengan kematian Allahyarham abangnya yang juga seorang penyanyi iaitu Nidza Afham memandangkan hubungan mereka sangat rapat.
Aufahanie ketika ditemui di Hospital Shah Alam berkata dia tidak tidur dan makan disebabkan memikirkan abangnya yang hilang ketika berjogging di sekitar jambatan Sungai Klang sejak malam, Selasa.
“Dah habis air mata, dari semalam tak tidur… makan pun tak. Sebab saya sangat rapat dengan arwah abang. Adik-beradik saya ada tujuh orang, dia nombor lima dan saya yang keenam.
“Dalam adik-beradik saya memang bestfriend dengan arwah,” katanya kepada Gempak.
Aufa ditemui di Unit Forensik Hospital Shah Alam, Selangor ketika jenazah Allahyarham Nidza dibawa bagi tujuan siasatan pada malam, Rabu.
Dalam pada itu, Aufahanie turut memberitahu dia tidak dapat menjawab peperiksaan dengan baik pada siang tadi disebabkan pemikirannya melayang memikirkan abangnya.
“Saya ada peperiksaan hari ini tapi otak asyik fikir ‘abang aku dekat mana, abang aku dekat mana?’. Tak tahu la nak jadi apa dengan exam itu,” ujarnya lagi.
Berkongsi lanjut tentang peribadi abangnya, Aufa menyifatkan Nidza sebagai seorang anak yang cukup baik dan bertanggungjawab.
Allahyarham juga tidak menunjukkan sebarang tanda atau perilaku pelik sebelum meninggal dunia.
“Selepas ibu bapa berpisah, abang tinggal dengan ibu dan dialah yang menjaga ibu sehingga akhir hayat. Dalam tujuh beradik dialah yang paling baik. Tidak nampak sebarang tanda dia akan pergi buat selamanya.
“Keluarga akan berbincang samada untuk meneruskan bedah siasata sekiranya ada unsur jenayah. Kesian kepada arwah kalau lalui proses bedah siasat,” ujarnya.
Jenazah ditemui pada pukul 7 malam hari Rabu kira-kira 1 kilometer dari lokasi Nidza dilaporkan hilang.
Penemuan tersebut disahkan oleh Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan yang memberitahu mayat lelaki lelaki ditemui di sekitar jambatan Sungai Klang, adalah penyanyi Nidza Afham.
Sebelum ini polis mengesahkan menerima laporan kehilangan penyanyi itu yang keluar rumah pada 7.45 petang Selasa selepas keluar berjoging di Stadium Sultan Suleiman, Klang.
Nidza Afham bagaimanapun gagal dihubungi sebelum teman wanitanya mengesan telefon bimbit mangsa berdekatan jambatan Sungai Klang.
Keluarga yang bergegas ke tempat kejadian berjaya menemui telefon dan dompet milik mangsa.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor mengesahkan penemuan satu mayat lelaki dewasa di sekitar Jambatan Sungai Klang pada malam Rabu.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, mayat lelaki berkenaan memakai pakaian berwarna gelap bernombor 56.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024