Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Laman Utama

Tak Tercapai Dek Akal, Ini Kaedah Paling Ekstrem Halang Pelajar Daripada Meniru!

Hanafis Haris 24/02/2021 | 08:25 MYT

Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia sudah pun bermula Isnin lalu.

Namun, dalam pada ramai yang teruja tentang SPM, satu perkara yang tidak boleh lari apabila bercakap mengenai peperiksaan adalah masalah meniru.

Pasti ada yang cuba meniru semata-mata mahu berjaya dalam hidup!

Persoalannya, bagaimana perlakuan meniru ini diselesaikan?

Gempak senaraikan lima kaedah pelik dipercayai digunakan dari negara luar.

#1 Pelajar Thailand Dipaksa Guna Penghadang Muka

Difahamkan ia berlaku di Thailand apabila sekumpulan pelajar di Kasetsart University diwajibkan untuk membuat sendiri topi penghalang untuk digunakan semasa peperiksaan.

Dengan saiz yang agak besar dan luar, kebarangkalian pelajar meniru sangat tipis.

Walaubagaimanapun, keadah tersebut dikritik ramai apabila gambar tersebut tular di media sosial.

#2 Pelajar Paksa Pakai Kotak

Tiada yang mustahil jika di India.

Difahamkan kejadian ini berlaku pada tahun 2019 di Universiti Bhagath apabila pelajar dipaksa memakai kotak untuk mengelak daripada meniru.

Biarpun tindakan itu dikatakan telah menerima persetujuan pihak universiti dan wakil pelajar, namun ia tetap dikritik hebat.

Menurut laporan CNN, pihak sekolah sudah pun membuat permohonan maaf.

#3 Pakai Payung Dalam Kelas!

Masih berlaku di Thailand, semua pelajar diwajibkan memakai payung sebagai langkah untuk tidak meniru.

Berkemungkinan payung menjadikan jarak antara pelajar lebih jauh, sekali gus mengekang aktiviti meniru.

Difahamkan ketika itu juga keadaan sedang hujan lebat dan pelajar masing-masing telah membawa payung. Perkara tu sekali gus menetuskan idea keadah berkenaan.

#4 Ambil Ujian Tanpa baju

Sekali India mencetuskan kontroversi apabila sekumpulan pelatih tentera terpaksa membuka baju untuk mengambil ujian.

Difahamkan, ia kaedah terbaik untuk menghalang pelatih membawa ‘toyol’ ketika menjawab peperiksaan.

Peperiksan yang berlangsung selama satu jam itu dikatakan disertai lebih 1,150 pelatih.

#5 Tutup Internet!

Tindaan drastik dilakukan oleh kerajaan Algeria apabila mereka memutuskan kesemua rangkaian internet.

Semuanya gara-gara insiden meniru secara besar-besaran ketika sesi peperiksaan sekitar 2016.

Keadah tersebut biarpun nampak kejam, namun pihak mereka percaya ia mampu menyekat penularan dan kebocoran informasi berkaitan peperiksaan.

Bukan sejam dua, tetapi tiga jam kerajaan menyekat internet di negara itu.
Pada saat zaman penuh teknologi ini, berkemungkinan 'toyo' terhebat adalah telefon pintar!

Persoalannya, adakah Malaysia pernah melakukan perkara luar biasa seperti negara di atas?

Sumber: CNN/GoodTime

#Viral #SPM #Tiru
;