Pelakon Fizo Omar berkongsi detik cemas apabila turut menyaksikan kejadian tanah runtuh di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK).

Menurut Fizo, kejadian berkenaan berlaku di lebuh raya Karak menghala ke Kuala Lumpur.

“Semua kereta tersangkut sini, nak patah balik Karak pun tak boleh sebab banjir. Air dah mula cross jalan dan tak lepas untuk kenderaan.

“Sesiapa yang plan ke KL melalui lebuh raya ini sila tangguh dulu, memang tak lepas,” katanya.

Menurutnya, lagi, sehingga posting tersebut dimuat naik, masih belum ada bantuan yang diterima.

“Semua laluan terputus di karak highway ni. Harap pihak LPT ambil tindakan sewajarnya untuk block kenderaan dari terus masuk dari tol gombak dan tol karak.

“Allahu, tak terdaya kami nak bantu, ramai yg terkandas termasuklah anak-anak kecil, warga emas terkandas di tengah hujan lebat ni.

“Harap mana-mana pihak dapat menghantar bantuan secepat mungkin,” katanya.

A post shared by fizoomar (@fizoomar)

Difahamkan, pengguna jalan raya dan ratusan kenderaan yang melalui Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) terkandas selepas berlaku tanah runtuh dan pokok tumbang di Kilometer 62.9 menghala ke Bentong.

Menurut Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar, anggotanya sedang digerakkan ke lokasi kejadian.