"Tak Terfikir Pun Akan Diraikan Sampai Macam Ni Sekali, Tak Pernah Lagi Merasa ...." - Syafiq Farhain

Rozaimi Zubaidi
Februari 22, 2019 04:43 MYT
Penyanyi Syafiq Farhain mengakui sebak apabila dirinya dikelilingi oleh orang yang sentiasa menyayanginya dan membantu kerjaya seninya.
Menerusi entri di Instagram (IG), berkongsi rasa sedih dan terharunya apabila diraikan dalam sebuah majlis sambutan ulang tahun kelahirannya baru-baru ini.
"Memang tak kan pernah lupa pun. Tak pernah terfikir pun akan diraikan sampai macam ni sekali. Tak pernah lagi merasa penghargaan sebesar ni sebelum ni.
"Terharu, sedih, happy, semua ada. Alhamdulilah ramai yang ingat saya dan apa-apapun korang semua @syafiqfarhainfc memang padu. Inilah pertama kali rasminya SFFC, fans yang terlalu banyak support saya tak henti-henti dari dulu sampailah sekarang dan saya harap sampai bila-bila pun korang still ada untuk saya.
"Terima kasih juga kepada sahabat dan fans yang datang dari jauh Kedah, Johor, Melaka, Pahang dan semualah. Bila sampai je situ nampak wajah korang yang sanggup datang jauh, susah payah, semata-mata untuk berkumpul dan raikan saya, lagi terharu dan sebak saya dibuatnya.
"Takada apa boleh balas semua yang korang buat ni. Maaf kalau ada yang tak sempat borak panjang sepanjang majlis. Nanti ada masa kita lepak mengopi sesama lagi okeh," tulisnya.
Menerusi ruangan komen, rata-rata mendoakan kesihatan Syafiq dan kagum dengan pencapaiannya sehingga ke hari ini.
Mereka juga berharap Syafiq lebih berjaya pada masa akan datang dan mahu dia sentiasa menghargai peminat yang menyokong dirinya.
#Penyanyi #Penyanyi #Syafiq Farhain