Syarikat produksi filem Parasite, CJ Entertainment membalas kenyataan penerbit filem Tamil berjudul Minsara Kanna, PL Thenappan yang mendakwa filem Korea itu telah meniru karya asalnya.

Menurut wakil CJ Entertainment, pihak tidak tahu mengenai isu berkenaan.

"Kami tidak tahu menahu mengenai tuntutan plagiat dari filem India. Kami tidak menerima apa-apa maklumat mengenai isu ini,” jelasnya.

Kenyataan balas itu dijawab oleh pihak CJ Entertainment menerusi satu temu bual bersama Newspaper Today.

BACA: Saksikan Parasite, Pemenang Filem Terbaik Oscars Di Astro GO Sekarang!

Terdahulu, Parasite yang diarahkan oleh Bong Joon-ho ini telah mencipta sejarah dengan menjadi filem berbahasa asing pertama memenangi anugerah Filem Terbaik di Oscars, selain turut membawa pulang anugerah Pengarah Terbaik, Skrip Asal Terbaik dan Filem Luar Terbaik.

BACA: Parasite Tiru Filem Tamil? Penerbit Nak Saman & Minta Pampasan ... "Mereka Ambil Plot Filem Saya!"

Bagaimanapun susulan kemenangan Parasite di Oscar, peminat Vijay meluahkan kekesalan selain mendakwa adanya persamaan filem itu dengan filem lakonan bintang kesayangan mereka.

Bagi yang belum menonton, anda juga boleh melanggan Parasite di Astro First On Demand di www.watchod.com.

Sumber: Soompi