Tunang kepada pelakon dan usahawan Isa Khan, Risteena Munim akui tidak sangka menerima hadiah berupa sebuah kereta mewah sempena ulangtahun perkenalan mereka baru-baru ini.

BACA: "Kumpul Duit 6 Bulan Nak Hadiahkan Risteena Kereta Audi" - Isa Khan Guna Wang Daripada....

Jelas Risteena, dia langsung tidak tahu menahu mengenai kejutan yang dirancang Isa itu.

"Saya sangat gembira dan bangga dapat melihat satu persatu kejayaan yang Isa capai sekarang.

"Memang tak terlintas langsung Isa hadiahkan sebuah kereta. Terfikir dalam kotak itu benda lain, tapi bukanlah cincin pun," katanya kepada Gempak.

Malah, Risteena rasa beruntung memiliki pasangan serajin Isa yang berusaha untuk membahagiakan dan mendapatkan apa yang dihajati.

"Saya beruntung ada pasangan seperti Isa yang selalu berusaha untuk membahagiakan saya.

"Pasangan lain ada cara mereka sendiri. Masing-masing punya cara.

"Tapi saya bersyukur berjumpa dengan seorang lelaki seperti Isa," tambahnya.

Menerusi sepotong video yang dikongsikan di Instagram, Risteena menerima sebuah kereta mewah jenis Audi dengan plat pendaftaran khas dan stiker bercetak Isa X Ris.

. . Pada mula saya mengenali awak, saya tahu awak seseorang yang ISTIMEWA, dan awak dah buktikan pada saya sekarang, hanya dalam masa yang terlalu singkat, but you did it! ♥️ . Ini kejayaan awak sayang. Always proud of you! Perasaan cinta saya pada awak masih sama macam dulu dan masih kekal sehingga sekarang malah semakin bertambah hari demi hari. I swear! . Janji saya pada awak, saya akan sentiasa ada dengan awak tak kira apa keadaan sekalipun. Saya happy bila tengok satu-satu kejayaan yang awak capai sekarang. Saya akan terus ada sehingga awk capai semua impian awak, sayang. I PROMISE. . Behind every successful man, there is a woman. I want to be that woman, forever :) . I love you so much @theisakhan ♥️ Thank you for everything ~ . FOR US~ . Big thanks to @cstproduction ♥️

A post shared by Nur Risteena Munim (@nur_risteena) on


Menurut tinjauan Gempak, harga pasaran semasa kereta mewah model tersebut sekitar RM339,000.

Bagaimanapun, Risteena tidak menghadiahkan apa-apa pun buat Isa sempena sambutan ulangtahun perkenalan mereka.

Risteena dan Isa bertunang pada 23 November 2019 dan bakal mendirikan rumah tangga pada tahun ini.

Saksikan program yang menampilkan Risteena dan Isa Khan di Astro pada telefon pintar anda melalui aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi Astro GO di Google Play dan Apple Store sekarang.

Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!