Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Tak Tumbuh Di Kepala Sahaja, Uban Juga Ada Di ...

Amri Hassan
15/09/2023 09:50 MYT
Seiring dengan pertambahan umur, setiap manusia akan mengalami perubahan daripada segi kulit dan warna rambut.

Rambut beruban selalunya dikaitkan dengan pertambahan usia dan lazimnya uban akan muncul apabila memasuki usia sekitar 30 atau 40-an.

Namun, tahukah anda uban tidak hanya tumbuh di kepala sahaja?

Rambut beruban biasanya terjadi akibat pigmentasi yang semakin lama semakin berkurang seiring pertambahan umur.

Tubuh manusia mengandungi sel melanosit yang berfungsi untuk menghantar pigmen ke rambut dan bulu-bulu badan.

Ketika mengalami proses penuaan, sel-sel melanosit akan mati satu persatu hingga pigmen ke bahagian rambut akan berkurangan. Maka terjadilah uban.

Selain kepala, badan manusia juga ditumbuhi bulu-bulu halus termasuk bahagian kemaluan dan ketiak.

Jadi, tidak mustahil bahagian-bahagian terbabit juga akan mengalami perubahan warna seperti uban. Jangan terkejut pula!

Bagi golongan lelaki, bulu dada, misai dan janggut juga akan mengalami perubahan warna.

Ada beberapa cara alami yang boleh digunakan untuk mewarnakan semula rambut beruban. Antaranya:

1. Minyak kelapa

Sebelum tidur setiap malam, sapukan kulit kepala dan rambut dengan minyak kelapa. Keesokan paginya cuci rambut anda dengan syampu seperti biasa.

2. Bijan hitam

Pengambilan sesudu makan bijan hitam untuk tempoh dua ke tiga kali seminggu boleh membawa perubahan.

3. Daun saderi

Kandungan natrium, vitamin A dan B, kalsium dan zat besi membuatkan saderi mampu membuatkan rambut anda lebih berkilau.

Gunakan syampu atau tonik rambut yang mengandungi saderi secara rutin dan rasakan khasiatnya.

4. Jus lobak merah

Antioksidan pada lobak merah dapat menstimulasi pigmen melanin untuk menghitamkan rambut. Jadi ambillah 230 mililiter (ml) jus lobak merah setiap hari untuk memastikan rambut kekal hitam dan sihat.

5. Daun kari

Cukup sekadar mengambil daun kari setiap hari dengan mencampurkannya dengan perahan limau.

6. Inai

Campurkan serbuk inai dengan secawan teh hitam atau kopi. Buatkan pes hingga teksturnya umpama yoghurt. Masukkan ke dalam mangkuk tertutup dan biarkan selama enam jam.

Seterusnya tambahkan dua sudu minyak zaitun extra virgin ke dalam campuran itu. Sapukan pes inai itu pada rambut dan biarkan antara sejam hingga tiga jam mengikut kesesuaian warna yang anda inginkan. Seterusnya bilas hingga bersih.

7. Lada hitam

Antioksidan pada lada hitam mampu menghalang pertumbuhan uban. Campurkan satu sudu makan lada hitam yang digiling, satu sudu teh air lemon dan setengah cawan yoghurt tawar.

Sapukan campuran itu pada rambut dan urut kulit kepala. Biarkan selama sejam kemudian bilas. Ulangi langkah ini tiga kali seminggu.

8. Kopi

Bancuh secawan kopis dark-roast. Campurkan dengan serbuk kopi dan kondisioner rambut jenis leave-in. Sapukan campuran ini pada rambut bersih yang masih lembap.

Biarkan selama sejam, kemudian bilas hingga bersih. Ulangi proses ini hingga anda mendapatkan warna hitam rambut yang diinginkan.

#Viral #Rambut #Usia #Kopi #Rawatan #Tua #Uban #Daun Kari #Saderi
;