Penampilan pelakon Janna Nick di Anugerah Bintang Popular (ABP34) malam tadi mencuri tumpuan ramai.

Menerusi sebuah video yang dikongsi di Instagram, Janna menyarung persalinan warna perak daripada pereka Wanpa berjalan seiringan dengan kekasihnya, Dini Schatzmann di acara berprestij itu.

Kedua mereka memakai topeng yang seolah diinspirasikan daripada siri Netflix terkenal Squid Game.

Menjengah ruangan komen entri berkenaan, rata-rata netizen meninggalkan respon berbeza, ramai yang memuji dan menyukai penampilan mereka berdua, begitu juga sebaliknya.

Malah, ada juga netizen yang mengatakan Janna meniru gaya selebriti terkenal Hollywood, Kim Kardashian.

"Takda idea ke tiru Kim K hahaha," tulis seorang pengguna Instagram.

"Acah Kim K MET Gala ke tu? Ke sebab muka bengkak?" tulis seorang lagi yang lainnya.

"Bosan la @jannanick .. artis Malaysia ni tak ikut barat tak sah.. carilah idea dan identiti sendiri jenab oii.. sepatutnya anda lebih kreatif bukan ceduk idea orang je, kata anak seni," tulis netizen lain.

"Harapan dari rakyat Malaysia semua semoga tidak melanggar dinding atau tiang kat depan," tulis seorang lagi pengguna Instagram.









Bagaimanapun, ramai juga pengikut Janna yang mengucapkan tahniah dan berbangga dengan pencapaiannya.

A post shared by Janna Nick (@jannanick)



ABP34 menyaksikan Janna sebagai Bintang Paling Popular selain memenangi dua lagin kategori iaitu Pengacara TV Popular dan Pelakon Filem Wanita Popular.

***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak!
Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!