Pelakon kacak, Syafiq Kyle telah memuat naik foto bersama teman wanitanya, aktres Mimi Lana di laman Instagram (IG) miliknya.

Foto Syafiq, 28, dengan Mimi, 25, telah mendapat perhatian peminat wanita yang rata-rata cemburu dan tidak dapat menerima kenyataan bahawa hati pelakon pujaan mereka sudah dimiliki.



Menerusi laman Twitter, terdapat seorang wanita mendedahkan perangai kawannya yang sanggup membatalkan temu janji untuk bermain badminton.

Wanita tersebut yang dikenali dengan nama Qisha berkongsi 'screenshot' perbualan bersama temannya yang dikatakan patah hati selepas melihat gambar mesra itu.

"Korang ada tak kawan yang macam ni? Sebabkan gambar sekeping, cancel main badminton weihh, takda mood nak main katanya.

"Mm... Ni semua @iSyafiqKyle punya pasal.... Encik Syafiq Kyle, please laa jumpa kawan saya ni," tulisnya.

Posting itu telah mendapat respon balas daripada pelakon filem Polis Evo 3.

"Hahahahahaha guys jangan dah booking court cancel rugi je," tulis Syafiq.Syafiq dan Mimi sudah menjalin hubungan cinta lebih empat tahun namun memilih untuk tidak terlalu mendedahkan ikatan yang sedang dibina.