Pejam celik, pejam celik siri pertama komedi kekeluargaan TA-DAA! Take CTRL bakal melabuhkan tirainya dengan episod akhir pada Sabtu ini.
Siri berkenaan dibintangi pelakon popular Shaheizy Sam bersama pelakon baru Hana Nadira, bintang Maharaja Lawak Mega (MLM) Prakash, Farid, dan Chi Ho, Jinnyboy, Jenn Chia dan ramai lagi.
Namun ramai yang tidak tahu tentang menariknya siri ini apabila mengetengahkan genre yang rare seperti sains fiksyen dan ‘gaming’ dengan cara yang menyeronokkan serta diselitkan dengan isu kekeluargaan.
Berikut Gempak senaraikan lima sebab mengapa Take CTRL ini menarik dan sesuai untuk seisi keluarga:
Jalan cerita
Take CTRL mengetengahkan kepayahan adik beradik untuk memahami antara satu sama lain kerana masing-masing mempunyai minat dan karakter berbeza.
Anda akan melihat bagaimana mereka cuba mengetepikan perkara itu dan bekerjasama sesama sendiri.
Hal sebegini berlaku dalam banyak keluarga di Malaysia terutama apabila umur anak-anak meningkat remaja.
Genre rare & fun!
Genre sains fiksyen yang diadakan dalam konsep permainan seperti dalam Take CTRL boleh dikira sebagai 'rare' di Malaysia kerana siri sebegini tidak banyak dihasilkan setakat ini. Penceritaannya pula semestinya menyeronokkan dengan unsur komedi, suspen dan macam-macam lagi.
Menariknya lagi, jalan ceritanya sesuai untuk kaki 'gamers' di luar sana. Melihat pada trailernya sahaja kita sudah boleh lihat siri ini punya keunikan tersendiri. Cara suntikan, warna, dan sudut penggambaran semuanya kelihatan cantik dan kemas persis siri fiksyen di luar negara!
Selami masalah remaja
Jalan cerita Take CTRL sangat dekat dengan remaja dan adik-beradik yang kerap berhadapan isu perbezaan pendapat, minat dan sebagainya.
Nilai murni yang boleh dicontohi, walau isu antara adik beradik dalam Take CTRL ini menguji kesabaran, namun mereka tetap cuba berbaik antara satu sama lain.
Selain itu, Take CTRL juga memaparkan nilai persahabatan yang tinggi. Kawan baik Sky dan Ram (watak Faiz Najib & Sry Khairudin), sentiasa ada untuk mereka dan setia berkawan.
Watak rakan-rakan Sky dan Ram iaitu Dennis dan Shima pula dipegang oleh Gabriel Pountney dan Rika Adrina.
Lakonan Hebat
Ramai sudah tahu bahawa Shaheizy Sam sememangnya seorang pelakon yang berbakat dan sudah berpengalaman. Bertahun-tahun sebelum ini, kita menyaksikan Sam melakonkan watak yang berat dan penuh drama.
Namun, perbezaan ditonjolkan dalam Take CTRL, kerana ia bukanlah cerita cintan cintun! Banyak babak melucukan, tambahan lagi Sam perlu menjiwai watak robot yang dikawal oleh anak-anaknya menerusi satu permainan yang dimuat turun.
Selain itu, meskipun banyak dibarisi pelakon baru namun bakat mereka sangat hebat malah, tidak kelihatan kekok berlakon dan selesa sahaja di depan kamera.
Jadi jika anda masih belum menonton Take CTRL ini ia masih belum terlambat kerana episode penuh Take CTRL turut ditayangkan On Demand.
Selain itu, kelebihan ia ditayangkan di On Demand adalah siri ini akan disertakan dengan sari kata berbahasa Melayu.
Jangan lupa saksikan Take CTRL episod akhir hari Sabtu, 5 Mac ini jam 9.00 malam di saluran TA-DAA! (Astro 612).
Syafiqah Jalal
Fri Mar 04 2022


“Tak Pernah Terfikir Pula…” - Single Terbaharu Suki Tiada Kaitan Dengan Isu Curang
Tak ada kaitan dengan sesiapa.
.png?ext=.png)
ATNM2: Guru, Tukang Jahit, Busker - Siapakah 16 Peserta Yang Berjaya Merebut RM50,000 Malam Ini?
Siapakah 16 Peserta ATNM2 Yang Berjaya Merebut RM50,000 Malam Ini?
![[VIDEO] Janna Nick Puji Fikry Ibrahim, Sanggup Tolak Semua ‘Job’ Demi Ibu - “Kita Pula Sedih Tengok…” [VIDEO] Janna Nick Puji Fikry Ibrahim, Sanggup Tolak Semua ‘Job’ Demi Ibu - “Kita Pula Sedih Tengok…”](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/2019-flavettesglowingstar/ekin-punya-44.png?ext=.png)
[VIDEO] Janna Nick Puji Fikry Ibrahim, Sanggup Tolak Semua ‘Job’ Demi Ibu - “Kita Pula Sedih Tengok…”
Rezeki Fikry dapat jaga ibu...
![[VIDEO] Edit & Buang 2 Angka Nombor Plat Kereta Baharu, Amir Raja Lawak Tampil Mohon Maaf [VIDEO] Edit & Buang 2 Angka Nombor Plat Kereta Baharu, Amir Raja Lawak Tampil Mohon Maaf](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/2019-flavettesglowingstar/doc/whatsapp-image-2023-02-05-at-12-33-10-am.jpeg?ext=.jpeg)
[VIDEO] Edit & Buang 2 Angka Nombor Plat Kereta Baharu, Amir Raja Lawak Tampil Mohon Maaf
Amir dah minta maaf
_2.png?ext=.png)
“Malang Tidak Berbau, Anak Ibu Jatuh…” - Siti Nurhaliza Syukur Aafiyah Selamat Jalani Terapi
Semoga cepat sembuh

Krisdayanti Beri Cucu Usia Kurang 1 Tahun Kopi: “Ya Allah Ketagih Seperti Nenek”
Nama Krisdayanti sedang menjadi bualan hangat warganet Indonesia selepas video dia memberi cucunya kopi viral sejak semalam.

Fatin Afeefa Dapat Nafkah Bulanan Cecah 5 Angka? Suami Jawab; “Perkahwinan Adalah Perniagaan”
Untung Fatin

Kelar Leher, Balut Dalam Plastik Hitam & Tanam Sebab Takut Hubungan Sulit Terbongkar
Bimbang selepas hubungan sulit terbongkar, seorang lelaki warga India bertindak membunuh dan menanam suami kepada teman wanitanya

Bintang Legenda, Julie Sudiro Meninggal Dunia Akibat Masalah Paru-Paru
Salam takziah buat keluarga...
_1.png?ext=.png)
Neelofa Preloved Koleksi Kasut Jenama Mewah; “Harga RM14,000, Tapi Nak Jual RM1,000 Je…”
Wow murah!