Berita baik sempena memasuki tahun baru ini, sebuah siri komedi keluarga yang luar biasa akan menemui anda tidak lama lagi!

Ya, Take CTRL lakonan aktor hebat Shaheizy Sam, Hana Mazlan dan para pelakon belbagai bangsa seperti bintang Maharaja Lawak Mega (MLM) Prakash, Farid, dan Chi Ho, Jinnyboy, Jenn Chia dan ramai lagi akan mula menemui anda pada 29 Januari 2022, setiap Sabtu, 9 malam di saluran TA-DAA! (612).

Menariknya tentang siri komedi keluarga ini, konsepnya ternyata berbeza dengan apa yang kebiasaannya ditonton ramai kerana menonjolkan genre sains fiksyen bercampur komedi aksi dan macam-macam lagi.

Selain itu, mendengar pada tajuknya, apa yang anda boleh jangka? Take CTRL, melibatkan pula penceritaan keluarga, kebiasaannya ibu bapa yang mengawal anak-anak bukan?

Namun, siri ini menampilkan perbezaan yang menghiburkan kerana kebiasaan itu mungkin menjadi 'sebaliknya', disampaikan pula dalam genre sains fiksyen, Take CTRL sememangnya sesuai dijadikan bahan hiburan seisi keluarga di rumah.

Nak tahu lebih lagi? Sama-sama kita nantikan tayangannya bermula 29 Januari ini.

Gempak juga akan menyusul dengan pelbagai artikel menarik mengenai Take CTRL, stay tune!