“Takkan Nak Berjubah Pula?”- Didakwa Dedah Aurat Ketika Mandi Di Kolam, Ini Jawapan Chef Wan
Cef tersohor negara, Datuk Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan akui rimas apabila ada sesetengah netizen yang mempertikaikan pakaiannya yang didakwa tidak menutup aurat ketika mandi kolam baru-baru ini.
Menurut Chef Wan ada juga yang memberikan komen yang tidak manis kepadanya lebih-lebih lagi mempertikaian usianya dengan pakaiaan yang dikenakan tidak sesuai.
“Ala sibuk la some of this people yang asyik nak bersyarah konon kita ni ambil gambar mandi di kolam tu nampak aurat, banyak tunjuk seluar pendek with all my friends lah.
“Ada yang komen tak malu ke dah tua nampakkan perut tu buncit dan tetek tu dah gelebeh.
“Esok dah tua asyik mengata orang jangan esok bibir masing-masing pula Allah gelebeh kan.
“Tak kan la mereka ini bodoh sangat tak tahu yang selama ini saya lead a very liberal life.
Chef Wan meluahkan rasa ketidakpuasan hatinya itu di akaun Instagram (IG) miliknya.
Terdahulu, Chef Wan memuat naik video dia dan rakan bermandi-manda di kolam.
Menerusi entri tersebut dia memuat naik fotonya ketika bercuti.
Jelas Chef Wan pakaian yang dipakai sesuai dengan keadaannya dan dia akui tidak kisah dengan fizikal diri dan kulitnya yang sudah menunjukkan usia sebenarnya.
“Takkan mandi di kolam renang nak berjubah pula. Memang la saya dah tua badan pun gemuk dan boroi tetapi with great confidence and selfesteem
“Itu sebab saya berani post gambar-gambar itu. I am comfortable in my own skin pun.
“Pergilah suluh muka dan badan masing-masing pun kalau cantik sangat nak mengata.
“Sikit hari all of u are going to get to where i am too. I updated all those video because i wanted to laugh at my silly old self and hopefully make others laugh too.
“Don’t be a bloody hypocrite always wanting to judge my life and put me down.
“Tak habis-habis nak jadi ustazah dan ustaz. Tak habis2 nak jatuh hukuman,” katanya lagi.
Chef Wan akui netizen yang memberikan komen menyakitkan hatinya itu telah pun di ‘block’ dari mengikuti IGnya.